Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : Previous  1, 2, 3  Next
PengirimMessage
elmeB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 16.10.08

PostSubyek: kurangnya minat membaca dikalangan pelajar....   Thu Mar 12, 2009 8:38 pm

Dalam arus pembangunan yang begitu maju, golongan remaja khususnya pelajar telah didapati kurang minat membaca.Dimana pada masa kini kita dapat lihat apabila bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan buku yang terdapat dikedai-kedai semakin kurang dan lebih teruk lagi diendahkan oleh golongan ini.Ramai yang beranggapan bahawa dengan adanya teknologi yang canggih seperti teknologi elektronik ini telah menyebabkan golongan ini kurang atau tidak minat membaca.Malah mereka beranggapan bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada melalui media elektronik ini lebih mudah, terkini dan berkesan jika dibandingkan dengan aktiviti pembacaan.Golongan remaja adalah merupakan aset negara pada masa akan datang,dengan itu bahan bacaan adalah penting bagi mereka untuk memperluaskan lagi ilmu pengetahuan merka.Dalam permasaalahan ini ibubapa haruslah mendidik anak mereka sedari awal untuk mencetuskan minat membaca ini.sekiranya bahan bacaanya ini telah diperkenalkan kepada mereka sejak kecil lagi maka mereka secara tidak langsung akan ketagihan dan minat membaca mereka akan meningkat.Oleh itu,kempen besar-besaran untuk membaca patutlah diwujudkan demi masyarakat kita terutamanya golongan remaja aktif dalam aktiviti membaca.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://elme.edublogs.org
RainnieB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: SATU CARA UNTUK MENGATASi MASALAH PEMAKANAN Di NEGARA iNi.   Fri Mar 13, 2009 5:56 pm

Salah satu cara untuk mengatasi masalah pemakanan adalah dengan menggunakan sumber alam ditempat yang lebih selamat.
Sumber alam ialah ciptaan alam semulajadi yang Allah anugerahKan kepada alam ini seperti tumbuh-tumbuhan, tanah, air dan sebagainya. Sebagai contoh tanah dapat digunakan untuk bercucuk tanam iaitu menanam padi, sayur-sayuran dan lain-lain secara besar-besaran. Hanya kepada kita diberi tanggungjawab bagaimana untuk berikhtiar mempergunakan tanah dengan sebaik-baiknya.
Secara besar-besaran bermaksud bercucuk tanam dengan lebih aktif dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai ke tahap ekonomi negara iaitu seperti dipasarkan dalam dan luar negeri kerana penghasilan padi dan sayur-sayuran pada masa kini masih lagi ditahap yang kecil yang hanya dapat menampung keperluan harian.
Tempat yang lebih selamat bermaksud kawasan yang tidak sering berlaku bencana alam. Bencana alam ialah perkara yang banyak membawa keburukan dan kerugian kepada masyarakat seperti banjir dan tanah susur. Kawasan yang tidak sering terjadi bencana alam ini ialah seperti kawasan yang berjauhan dengan sungai, kawasan yang rendah dan kawasan yang tidak berbukit. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini justeru itu, kita harus berwaspada lebih awal supaya petani tidak mendapat kerugian yang besar dikemudian hari dan yang lebih penting ialah bijak dalam memilih kawasan yang lebih sesuai.

194 patah perkataan

dari : Rainnie Smile
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://rainnie.edublogs.org
asymawib4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: CARA UNTUK MENGATASI MASALAH PERMAKANAN DI NEGARA INI.   Sat Mar 14, 2009 7:31 am

Permakanan adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh global pada masa ini. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dalam menghadapi masalah permakanan kerana penduduk di negara ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian, kerajaan telah membuat beberapa perancangan untuk mengatasi masalah permakanan di negara ini seperti memperbanyakkan lagi ladang-ladang untuk bercucuk tanam, memberi peluang bagi petani-petani untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak dengan memperkenalkan pelbagai baja organik yang dapat membantu menghasilkan buah dengan cepat,memperkenalkan biji-bijian yang telah di proses untuk mempercepatkan hasil dengan tempoh yang pendek dan menyediakan mesin-mesin bagi kemudahan para petani-petani untuk memudahkan mereka untuk melakukan pekerjaan.

Dengan memperluaskan dan memperbanyakkan lagi ladang-ladang untuk bercucuk tanam maka ia akan dapat membantu meringgankan lagi masalah permakanan di negara ini. Misalnya, kerajaan telah menyediakan tempat untuk bercucuk tanam di negara ini seperti yang terdapat di Kampong Wasan. Kerajaan juga memperkenalkan pelbagai baja organik yang akan dapat menghasilkan buah dengan begitu cepat dan berkesan. Misalnya baja yang di perbuat untuk membantu pohon buah itu supaya subur dan menghasilkan buah yang banyak yang diberi dan disediakan oleh kerajaan. Memperkenalkan biji-bijian yang dapat membantu para petani untuk menghasilkan buah dengan tempoh yang begitu pendek. Misalnya kerajaan telah memperkenalkan dan berusaha untuk menghasilkan pelbagai biji-bijian yang dapat mempercepatkan lagi masa untuk menghasilkan buah iaitu seperti biji padi yang pada mulanya memakan masa 5 bulan hingga 6 bulan untuk menghasilkan buah tetapi dengan adanya bijian yang baru maka tempoh untuk menghasilkan buah menjadi pendek iaitu sleama 3 bulan sahaja. Dengan menyediakan mesin-mesin maka para petani dapat melakukan kerja mereka dengan cepat dan mudah. Misalnya kerajaan telah menyediakan mesin untuk mengisar padi yang mana mesin ini digunakan untuk memisahkan padi dari pohonnya.

Sehubungan dengan itu dengan cara ini dapat mengatasi masalah permakanan yang terjadi di negara ini iaitu melalui bantuan yang sentiasa memberi pertolongan kepada para petani-petani untuk menghasilkan buah-buahan dengan begitu cepat dan berkesan dan membantu mereka dengan menyediakan alat kemudahan yang terkini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
elmeB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 16.10.08

PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia   Sun Mar 15, 2009 6:37 pm

Arrow kesihatan adala suatu perkara asas yang amat penting dalam kehidupan manusia.Menjaga kesihatan adalah dengan memakan makanan yang berkhasiat, hidup didalam persekitaran yang bersih dan juga mengamalkan latihan jasmani.Latihan jasmani adalah penting untuk membuat badan kita sihat dan cergas serta menjadikan otak yang begitu cerdas.sekiranya kita tidak mempunyai kesihatan yang baik kita tidak akan dapat melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan baik.Kehidupan manusia sehari-hari memerlukan tenaga dan juga pemikiran yang cerdas untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.Kesihatan adalah amat penting kepada manusia kerana ianya adalah melambangkan kebahgiaan hidup bagi seseorang itu.Oleh itu kesihatan adalah perkara yang utama didalam kehidupan kita dan kita haruslah menjaganya dengan sebaik mungkin. flower
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://elme.edublogs.org
jann B4



Jumlah posting : 2
Join date : 12.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 16, 2009 12:31 pm

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

Setiap manusia menginginkan kekayaan kebendaan yang memberi mereka kesenangan dan kebahagiaan hidup. Dari kekayaan itu kita dapat melakukan apa saja demi mencapai keinginan kita.

Ramai orang mengatakan bahawa dengan adanya kekayaan hidup kita akan lebih bahagia. Sebenarnya kekayaan material yang diperolehi itu tidak semestinya memberi kebahagiaan kepada kita akan tetapi sebenarnya kebanyakan orang yang berharta hidupnya tidak sebahagia seperti yang kita sangkakan. Kadangkala kekayaan ini membuatkan seseorang itu menjadi lupa diri sehingga meninggalkan tanggungjawabnya kepada diri , keluarga, rakyat dan negara kerana sibuk menambah kekayaannya. kekayaan ini juga membuatkan seseorang merasa tidak selamat kerana dikhuatiri ada ancaman jahat yang menjadikan nyawa orang lain dan diri sendiri menjadi mangsanya, menimbulkan sikap cemburu diantara orang lain, keluarga menjadi porak-peranda kerana terlalu mementingkan harta dari keluarga, menimbulkan perbalahan diantara keluarga dalam menguasai kekayaan, membuatkan seseorang itu hilang keimanan dan lain-lain. Dari zahirnya, mereka memang berharta, ada segala-galanya dan kaya dari segi kebendaan tetapi sebenarnya mereka lebih miskin dalam memiliki jiwa dan hati nurani yang jauh lebih mulia dari hartanya itu. Tanpanya kita merasakan hati dan perasaan itu belum merasa puas walaupun berharta.

Jadi jelaslah bahawa kekayaan kebendaan itu sebenarnya tidak boleh memberi kebahagiaan kepada manusia. Oleh itu kita hendaklah sedar bahawa kekayaan itu bukanlah salah satu jalan untuk mencapai kebahagiaan hidup.

study
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
RainnieB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: AKiBAT DARiPADA MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKiTAR YANG BERLAKU KiNi :'(   Mon Mar 16, 2009 5:12 pm

Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius kerana ia membawa kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.
Perhatian serius ialah memeduli dan mengambil perhatian dengan sepenuhnya bagi menyelesaikan sesuatu masalah I love you yang dihadapi oleh masyarakat pada masa kini seperti peningkatan suhu. Kita harus mengambil tindakan lebih awal sebelum masalah ini semakin teruk kerana ia boleh mengakibatkan kepada hujan asid, pemanasan bumi, jerebu dan lain-lain.
Hujan asid ialah hujan yang mengandungi asid yang membawa kepada kebinasaan dan kerosakan. Hujan berasid ini boleh mengakibatkan haiwan atau binatang mati, bangunan terhakis, tanah berasid dan sebagainya.
Selain itu, pemanasan global juga akan berlaku. Ini berpunca daripada kilang-kilang yang mengeluarkan terlalu banyak gas seperti karbon dioxida, karbon monoxida diudara.
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar angkasa. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioxida, karbon monoxida, chloroflurokarbon, metane dan nitrogen oxida. Ini mengakibatkan kawasan yang rendah akan berlaku banjir kerana salju di kawasan Atlantika akan mencair akibat suhu global semakin meningkat. Oleh yang demikian, kita seharusnya mengambil tindakan yang awal dan memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan dunia ini daripada terancam. Idea
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://rainnie.edublogs.org
dayah B4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 16, 2009 8:57 pm

5. Banyak orang bilang bahawa kekeayaan maembawa kepada kebahagian. Kenyataan itu memang tidak dapat dinafikan, kerana dengan adanya wang yang banyak dan harta benda yang mencukupi, kita merasakan bagai berada di awang-awangan. Kita boleh mendapatkan apa saja yang kita inginkan.

Ada juga sesetangah orang yang tidak mempunyai perasaan, mereka akan memandang tinggi kepada orang yang berada sahaja, manakala orang yang kurang mampu pula akan dipandang rendah, bahkan ada yang sanggup mencela dan menghina. Kadangkala kita sendiri pun hairan dengan kelakuan mereka yang sebegitu rupa. Ianya menjadi persoalan sama ada mereka hany ingin 'menganjung' atau sombong.

Kita kita fikir secara logik, kekayaan kebendaan itu tidaklah membawa kebahagian yang sebenar kpeada kita. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa sebab, dimana kekayaan itu boleh membawa kepada kemusnahan, kemudaratan, bahakan boleh menjauhkan kita dari jalan Allah dan semakin hampir dengan syaitan yang dilaknat. Contohnya jika kita mempunyai harta benda yang banyak, yang berharga, sudah pasti ada yang ingin menunjuk-nunjukkannya kepada jiran. kawan-kawan dan sanak saudara. Begitu juga jika mempunyai fulus (duit) yang berganda-ganda banyaknya, kita sudah pasti akan membelanjakannya dengan sewenang-wenangnya. Kita akan menjadi seorang yang pemboros. Perbuatan seperti ini adalah sanagt-sangat dibeci Allah.

Harta-benda tidak boleh dibawa sampai mati. Ini jelas menunjukkan bahawa segala kemewahan sama ada dari segi kewangan dan kebendaan langsung tidak memberi kebahagian yang sebenarnya. Melainkan anugerah Ilahi itu dibelanjakan dengan jalan yang benar, tulus dan ikhlas, seperti beramal ibadat dengan membuat kebajikan melalui bersedekah, menegeluarkan zakat, menderma dan sebagainya. Maka Allah akan memberinya kebahagiaan yang sebenarnya bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Amin!!! cheers
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
noraB4



Jumlah posting : 2
Join date : 17.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 17, 2009 2:08 pm

Kesihatan


Kesihatan adalah terpenting dalam kehidupan manusia kerana ianya merupakan asas kebahagian kita. Kesihatan amat penting untuk seseorang individu didalm kehidupan untuk melakukan pelbagai aktiviti dan untuk bersemangat membuat sesuatu pekerjaan. Dengan adanya kesihatan akan menjadikan seseoerang itu hidup gembira dan bahagia menjalani hidup mereka lebih-lebih lagi bersama keluarga. Misalnya otak adalah merupakan anggota yang sanngat penting yang berfungsi untuk kita melakukan pelbagai kegiatan harian. Dengan permakanan yang seimbang akan menjadikan pemikiran kita menjadi aktif dan terhindar daripada stress.
Punca kesihatan tersebut iaalah melalui sumber permakanan seorang individu. Bukan sahaja itu malhan juga kesihatan ini daripada gaya hidup sesorang, kesihatan hidup dan sebagainya. Diet yang stabil, contohnya dengan mengambil carbohydrate, protein, vitamin dan sebagainya akan menjadikan sesorang itu sihat untuk melakukan pelbagai aktivti hariannya.
Bukan sahaja kesihatan pada makanan malahan juga kesihatan amat penting dalam gaya kehidupan seseorang itu. Contohnya kesihatan dalam pergaulan,pembelajaran yang sebagainya. Seseorang yang mempunyai matlamat dalam kehidupan akan berusaha itu memperbaiki kehidupannya. Disini dapat diperlihatkan erti kesihatan dalam diri seseorang individu itu.
Sehubungan dengan itu, adalah amat penting kesihatan itu terhadap masyarakat untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Dengan adanykesihatan kita akan dapat melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan dengan sempurna.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pencemaran Alam


Pencemaran alam adalah merupakan suatu masalah yang serius yang sepatutnya diatasi oleh masyarakat sedunia. Pencemaran alam sekitar ialah fenomena yang belaku di seluruh dunia yang menjadi aspek terpenting untuk diberi perhatian oleh segenap masyarakat. Ia amat penting kerana sebagai masyarakat tidak dapat mengatasinya maka ia akan memburukkan keadaan.
Pencemaran alam sekitar meliputi tentang pencemaran udara, bbunyi, laut, tanah dan sebagainya. Akibat daripada pencemaran alam sekitar boleh membahayakan bukan saja manusia malahan juga binatang seperti binatang laut yang terkena racun-racun dari pembuangan toksik-toksik dan sebagainya dari industri-industri. Binatang hutan juga akan menghadapi akibatnya, disebabkan oleh pembakaran hutan. Antara yang lain juga ialah kesan rumah hijau yang mengakibatkan suhu kepanasan lebih panas dan kecairan ais batu serta salji di antartika mengakibatkan paras air semakin meninggi dan akhirnya banjir berlaku dimana-mana diseluruh dunia.
Oleh yang demikian, sebagai masyarakat kita seharusnya mengatasi permasalahan pencemaran alam ini, terutama pihak yang berkuasa untuk melakukan berbagai langkah-langkah yang lanjut sebelum perkara yang tidak diingini bakal berlaku di kemudian hari nanti.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
rashidahB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Lokasi : kampong penabai,tutong

PostSubyek: pencemaran alam sekitar   Wed Mar 18, 2009 10:48 pm

Isu utama dalam negara adalah pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin menjadi-jadi.Pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak diambil tindakan yang serius.Dunia yang kita diami sampai sekarang nyata semakin tercemar.Pencemaran ini.akan boleh membawa kesan yang negatif terhadap kesihatan dan tidak keseimbangan bumi pada masa depan.Terdapat beberapa jenis pencemaran dan diantaranya pencemaran udara.air,bunyi dan tanah.

Pencemaran ini berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.Bumi sememangnya menerima beban pecemaran udara daripada alam semula jadi seperti letupan gunung berapi,pembakaran hutan dan sebagainya.Faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar adalah sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati dan penebangan hutan.Dan juda pihak penguatkuasa yang tidak tegas kerana undang-undangnya lemah yang menyebabkan mereka mudah disuap dengan wang.faktor yang lain adalah kurangnya pendidikan kerana ramai yang tidak tahu tentang pentingnya menjaga alam sekitar kepada kehidupan kita.Jika tidak diambil tindakan lebih serius hal ini akan berterusan tanpa disedari.

Cara mengatasi perkara ini dengan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan peranan alam sekitar danmenjalankan penguatkuasa yang lebih berkesan dengan memberikan hukuman yang berat kepada mereka yang sengaja mencemarkan alam sekitar.Sebab itu alam sekitar amat penting untuk kita kerana ianya mengandungi udara yang bersih dan segar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ctrashidah.edublogs.org
hafizanB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 6:51 am

Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

Salah satu kegunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan adalah untuk menyediakan sumber rujukan bagi pelajar. Sumber rujukan disini bermaksud bahan-bahan yang penting untuk pelajar gunakan bagi pembelajaran mereka. Internet atau lebih dikenali sebagai infomasi tanpa batasan memang perlu disediakan di semua tempat pengajian tinggi tempatan kerana ia menyediakan sumber-sumber yang mungkin tidak dapat diperolehi dari buku-buku teks ataupun nota-nota yang diberi oleh pensyarah. Ia juga akan mengembangkan minda pelajar kerana memahami teks-teks di internet memerlukan kefahaman yang mendalam. Pelajar bermaksud penuntut yang masih lagi menuntut ilmu. Pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke pengajian tinggi tempatan lazimnya lebih suka mencari bahan rujukan sendiri daripada bergantung penuh pada nota-nota pensyarah. Mereka juga diberi kebebasan untuk membuat nota-nota sendiri kerana kebanyakan pelajaran mereka berjenis subjektif yang memerlukan pemikiran yang mendalam untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan. Oleh itu, system internet haruslah di sediakan di semua pengajian tinggi tempatan kerana ia sangat diperlukan oleh pelajar untuk mencari bahan rujukan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fizan.edublogs.org
hafizanB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 6:52 am

2.Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.
Salah satu akibat pencemaran alam sekitar kepada kehidupan adalah kepanasan global semakin meningkat. Kepanasan global bermaksud bumi yang sedang didiami oleh kita ini akan menjadi semakin panas. Kejadian ini memang sudah berlaku di beberapa buah kawasan dan ia terbukti apabila ais tebal di kawasan Kutub Utara, Selatan dan Benua Antartika sudah mula mencair. Apabila ais semakin cair, tahap air laut juga akan semakin meningkat dan ini menyebabkan banyak kawasan tanah rendah akan dibanjiri oleh air. Ini juga menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah ke kawasan tanah yang lebih tinggi. Kepanasan semakin meningkat pula bermaksud suhu bumi ini semakin menaik dari sebelumnya. Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh keakuan manusia sendiri. Salah satu puncanya ialah dari ekzos kereta. Ekzos kereta mengeluarkan gas yang dipanggil karbon monoksida yang mana ia sangat mencemarkan alam sekitar. Apabila alam sekitar tercemar, ia akan menyebabkan suhu kepanasan semakin meningkat. Oleh itu, pencemaran alam sekitar memang memerbahayakan kehidupan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fizan.edublogs.org
shahB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 16.10.08
Age : 27
Lokasi : No. 12 x 12 Kampong Bukit Udal di Daerah Tutong dan di Negara Brunei Darussalam

PostSubyek: menyambung cerita   Thu Mar 19, 2009 7:13 am

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.

Masalah pemakanan dalam global memberikan masalah kepada Negara kita. Perkara ini adalah kerana Negara kita hanya bergantung kepada minyak dan gas. Oleh itu, masalah pemakanan membawa masalah besar kepada kita dan perlu kita atasinya dengan cara yang berkesan.

Memperbanyakan tempat pertanian adalah salah satu cara yang paling ideal untuk menyelesaikan masalah pemakanan Negara kita. Perkara ini adalah kerana Negara kita belum mempunyai tempat yang banyak bagi pertanian. Negara perlu mempunyai kawasan pertanian yang amat banyak dan luas bagi menampung penduduk Negara kita yang ramai. Perkar ini disebabkan tempat yang hanya seluas satu ekar tidak mampu menyelesaikan masalah pemakanan Negara yang penduduknya lebih 300 orang. Oleh itu, kita haruslah memperbanyakan lagi tempat untuk pertanian lebih-lebih lagi padi kerana nasi adalah makanan asasi bagi Negara kita. Dari itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah bekerjasama untuk memberikan tanah-tanah yang tidak diperlukan untuk diusahakan bagi pertanian kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://masterchess.edublogs.org
Ro!!yB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 10.12.08
Lokasi : kampong panchong,Tutong

PostSubyek: Penggunaan internet di dalam penggajian tinggi.   Thu Mar 19, 2009 7:22 am

Penggunaan internet amat berguna kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Internet adalah sistem komputer yang menyalurkan maklumat yang terkini dan terpantas. Sehubugan dengan itu juga, internet ini juga dapat membantu pengguna untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walaupun orang yang berada di tempat jauh. Contohnya email, msn, panggilan melalui kamera dan sebagainya. Kesemua ini adalah sistem komunikasi yang berguna bagi penggunanya untuk berbual ataupun berkongsi sama pendapat mereka.

Di dalam pengajian tinggi, penggunaan internet sudah pasti amat diperlukan bagi pelajarnya dan tenaga pelajar untuk mereka mendapatkan informasi dan berhubung dengan sesama sendiri. Pengajian tinggi ini bukanlah tempat-tempat yang sama seperti sekolah-sekolah tingakat biasa, ia adalah tempat di mana pelajar-palajar harus berdikari sendiri untuk menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, penggunaan internet ini akan memudahkan pelajar dan tenaga pelajarnya untuk mendapat maklumat-maklumat yang berguna bagi kajian-kajian mereka. Contohnya kajian-kajian mengenai hutan-hutan, perkembangan dunia, masyarakat, begitu juga tentang buku-buku dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, penggunaan internet ini juga dapat membantu mereka untuk menyimpan dan memberi idea di dalam ruang-ruang yang disediakan bagi berkongsi pendapat mereka.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
HakimB4

avatar

Jumlah posting : 1
Join date : 13.10.08
Age : 28
Lokasi : *~Keriam~*

PostSubyek: Isu pencemaran alam sekitar   Thu Mar 19, 2009 7:28 am

Pada masa kini pencemaran alam sekitar semakin berleluasa di seluruh dunia sama ada di negara-negara maju atau yang sedang membanggun. Ini kerana sikap manusia yang lalai dan tidak mengendahkan akibatnya kelak. Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada 3 iaitu pencemaran udara, air dan darat, kesemua jenis pencemaran ini boleh menganggu kehidupan manusia dan juga tumbuh-tumbuhan. Keadaan semakin bertambah buruk kerana pada masa kini industri-industri semakin membanggun yang mengakibatkan pencemaran udara dan air kerana sikap tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa toksik kedalam sungai dan sebagainya. Pembanggunan bandaraya juga mengakibatkan pencemaran berlaku ini kerana banyaknya penebangan pokok-pokok,bertambahnya kenderaan yang banyak mengeluarkan asap karbon dioxida. Pencemaran sebegini boleh mengakibatkan berlakunya pemanasan global yang mana ozon atmosfera semakin menipis dan kurangnya penapisan cahaya matahari masuk kebumi, ini menyebabkan berlakunya kanser kulit serta pencairan ais di kutub utara dan selatan berlaku, tidak mustahil tempat-tempat kawasan pantai akan ditenggelami air akibat kenaikkan aras laut yang tinggi. Oleh itu kita harus beringat-ingat tentang kejadian sebegini berlaku kelak, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap sesiapa yang tidak betanggungawab terhadap berlakunya pencemaran alam sekitar dan memberi pendidikan di sekolah kepada anak-anak supaya faham tentang kejadian sebegini dari kecil lagi
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://kym134.edublogs.org
jann B4



Jumlah posting : 2
Join date : 12.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 7:29 am

Masalah pencemaran alam sekitar bukanlah perkara yang baru terjadi dibumi ini kerana masalah ini memang sudah lama terjadi iaitu sejak adanya perkembangan infrastruktur dan ekonomi negara yang begitu pesat yang berlaku dinegara-negara yang maju seperti Malaysia. Pencemaran ini terjadi akibat daripada perbuatan manusia sendiri yang mengambil ringan tentang masalah ini yang mungkin membawa kesan yang negatif kepada mereka. Untuk mengatasi masalah ini orang ramai haruslah memberi kerjasama dan mengambil perhatian yang berat terhadap masalah ini.

Seperti yang kita ketahui pencemaran alam sekitar diklafikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran air, bunyi, udara, dan darat. Akibat daripada pencemaran ini kita dapat lihat kesan-kesannya yang begitu jelas terhadap hidupan di dunia masa kini. Diantara kesan utama yang menimpa manusia akibat dari pencemaran ini ialah masalah kesihatan manusia iaitu masalah pernafasan akibat daripada pencemaran udara yang mengandungi karbon monoksida dan Nitrogen oksida iaitu gas beracun hasil daripada ekzos kereta, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan tercemar dan pembakaran secara terbuka.Selain daripada itu masalah pencemaran air juga telah mengakibatkan banyak hidupan laut dan sungai mati akibat daripada pembuangan toksik dari kilang atau pertumpahan minyak dari kapal dilaut.Manakala pencemaran darat akibat daripada pembuangan sampah dan sisa toksik yang menimbulkan bau yang kurang menyenangkan disekitar kawasan yang terlibat terutamanya pembuangan itu dibuang berdekatan dengan tempat tinggal yang akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kehidupan seharian mereka. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, kawasan pembinaan dan sebagainya telah menimbulkan bunyi bising yang mengakibatkan keadaan persekitaran terganggu dan menyebabkan jiwa manusia tidak tenang kerana bunyi bising yang menganggu kehidupan mereka.

Oleh itu kita seharusnya peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran yang mengakibatkan kesan yang buruk kepada kita sendiri dan hidupan bumi. Cintailah alam sekitar kita demi kehidupan generasi yang akan datang.yebabkan jiwa manusia tidak tenang kerana bunyi bising yang menganggu kehidupan mereka.

affraid
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
LeenB4

avatar

Jumlah posting : 2
Join date : 16.10.08
Age : 25

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 7:29 am

Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan amat penting dalam dunia arus permodenan ini. Dunia pada masa kini banyak menggunakan teknologi untuk membantu membuat sesuatu kerja. contohnya dalam mencari bahan-bahan bacaan atau bahan rujukan. dengan adanya internet, penuntut khususnya, mudah mendapat informasi yang diinginkan ataupun yang berkaitan dengan nya. internet ini juga menjimatkan masa mereka kerana penggunaan internet tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai 'wireless' kini terdapat ditempat-tempat awam yang tertentu seperti kafe. malahan ianya juga dapat di pasang di rumah masing-masing. Ianya boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. tidak seperti perpustakaan, yang hanya dibuka pada masa yang tertentu iaitu mengikut waktu bekerja. dalam dunia arus permodenan ini, kita harus tahu menggunakan alat teknologi. jika tidak kita akan ketinggalan jauh. namun, kita harus menggunakannya dengan baik dan jangan disalah gunakan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://azleen.edublogs.org
shahB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 16.10.08
Age : 27
Lokasi : No. 12 x 12 Kampong Bukit Udal di Daerah Tutong dan di Negara Brunei Darussalam

PostSubyek: menyambung cerita   Thu Mar 19, 2009 7:30 am

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

Amalan diet adalah suatu punca kepada kesihatan kita. Perkara ini telah di sebut dalam hadith Nabi Muhammad yangmana terjemahannya, “penjagaan pemakanan adalah permulaan kepada kesihatan dan perut adalah permulaan kepada penyakit”. Dari teks tersebut jelas bahawa segala penyakit ini adalah puncanya daripada amalan diet kita sehari-hari. Dari segi logic akal fikiran kita, kita boleh lihat pada penyakit-penyakit seperti gastrik, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan sebagainya. Dari contoh penyakit-penyakit di atas jelas bahawa semua penyakit itu datang dari kesalahan pengambilan makanan samaada terlalu banyak makan atau kurang makan. Contohnya sahaja kencing manis yangmana kita dapatnya atas sebab kita terlalu banyak pengambilan gula. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam memilih makanan kita kerana dari situlah puncanya segala penyakit.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://masterchess.edublogs.org
FB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 17.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 7:30 am

1. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. berikan akibatnya terhadap kehidupan.

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupann harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa. Di mana realitinya kita sudah mula mengalami banjir kilat, tanah susur, sungai-sungai dipenuhi lumpur dan pokok tumbang di sana sini. kita berhadapan dengan bahaya yang diakibatkan oleh alam persekitaran ditambah lagi perubahan iklim global yang mengancam kehidupan bukan saja di Negara Brunei malahan semua negara menerima tempiasannya. Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan elah membawa kemudaharatan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat mahupun di air.

Pencemaran alam sekitar berpunca daripada gaya hidup manusia itu sendiri yang tidak peka terhadap persekitaran. Contohnya, tempat pembuangan sampah sarap tidak teratur dan berselerak di merata tempat menimbulkan berbagai-bagai penyakit dan udara yang tidak segar. Selain itu pencemaran banjir, tanah susur banyak memberi kesan mendalam seperti kemusnahan harta benda, kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terjejas. Contoh, hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan kebanjiran berlaku. banjir elah menyebabkan kehilangan harta benda, nyawa dan juga menjejaskan kelancaran lalu lintas di kawasan peumahan. Malahan juga kawasan komersial di mana aktiviti perniagaan terpaksa henti. kesannya separuh daripada barang dijual mengalami kerosakan yang menyebabkan pihak peniagaan menghadapi kerugian berlipat ganda.


Justeru itu, kita perlu mengambil tindakan untuk mengatasi pencemaran tersebut. Misalnya, mengadakan kempen yang lebih berkesan untuk menyedarkan manusia betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Selain itu, mengenakan denda terhadap orang-orang tidak bertanggungjawab yang boleh mengakibatkan tanah susur. Contoh, ada setengah pihak membuat projek yang tidak mendapat kelulusan dari pihak berkenaan. Projek tersebut telah mengugat keselamatan para penduduk yang tinggal berdekatan.

Di sini saya ingin berkongsi bersama sesuatu pandagan yang saya ambil dari suratkbar yang mengatakan "tumbuhan-tumbuhan dapat hidup lebih subur jika ada keupayaan manusia mengerjakannya dan memeliharannya. banjir terjadi jika manusia menenbang pokok-pokok sewenang-wenanagnya. Inilah sebahagian contoh perkaitan antara manusia dengan alam"
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
adeB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Age : 26
Lokasi : near to sengkarai graveyard.

PostSubyek: masalah permakanan   Thu Mar 19, 2009 7:39 am

masalah permakanan yang terjadi di negar kita ialah kekurangan bekalan daging. salah satu cara untuk menyelesaikannya adalah berubah kepada pemakanan kepada tumbuhan iaitu menjadi vegetarian. ianya adalah penyelesaian jangka panjang dan cara yang paling cepat dan berkesan. selain itu meningkatkan industry penghasilan beras. para rakyat pula di galakan menyumbang tenaga dalam pembangunan pertanian, perladangan, persawahan dan perikanan untuk meningkatkan stock penghasilan makanan negara selain daripada hanya bergantung kepada pengexportan makanan dari negara jiran seperti thailand. sudah tiba masa nya negara kita mencari sumber yang baru kerana selama ini kita hanya memfokuskan penghasilan minyak dimana ia boleh habis dalam jangka yang pendek.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://adebeb.edublogs.org
hafizanB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 7:52 am

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah permakanan di negara ini adalah dengan memperbanyakkan hasil tanaman terutamanya penanaman padi. Memperbanyakkan hasil tanaman disini bermaksud meningkatkan lagi hasil pengeluaran iaitu dari segi jumlah pengeluarannya. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan cara moden iaitu menggunakan mesin dalam penghasilannya. Dengan cara ini, bekalan permakanan di negara kita tidak akan menghadapi kekurangan. Hal ini sedemikian adalah kerana, dengan penggunaan teknik moden, penghasilan akan jauh lebih banyak daipada menggunakan cara tradisional. Pengeluaran padi haruslah diberi perhatian oleh kerajaan kerana tanaman ini menghasilkan nasi yang mana merupakan makanan asasi bagi penduduk negara. Jika bekalan padi mengalami kekurangan, penduduk pasti akan menghadapi masalah seperti kebuluran. Jika perkara ini terjadi, kerajaan terpaksa mengimpot lebih banyak padi dari negara-negara pengeluar seperti Thailand. Oleh itu, kerajaan harus peka mengenai masalah permakanan ini kerana ia merupakan keperluan utama bagi penduduk negara.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fizan.edublogs.org
FB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 17.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Fri Mar 20, 2009 4:10 pm

3.

[justify]Memang tidak dinafikan kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian hidup manusia. Ada juga berpendapat kekayaan material itu membawa kepada kebahagiaan. Usaha menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa tidak pernah memikirkan tentang kekayaan. Ini kerana ia menjadi lumrah kita semua sebagai manusia dahagakan semua ini. Kekayaan kebendaan bermaksud mementingkan wang atau material berbanding kebahagiaan hidup. Memang pada zaman ini, wang adalah segalanya dalam kehidupan selain menyara hidup. Namun begitu, adakah wang dapat membawa kebahagiaan? Sebaliknya ia mengubah kehidupan manusia. Itu terpulang kepada pemikiran manusia.

Kebahagiaan tidak seharusnya diukur dengan nilai wang. Ini jelas ibubapa sering mengabaikan tanggungjawab mereka demi mengejar kebendaan. Akhibatnya anak-anak terasa kurang dihargai atau disayangi menyebabkan masalah moral dan keruntuhan akhlak berlaku. Ada juga setengah ibubapa sibuk bekerja lalu biarkan tanggungjawab mereka dilaksanakan oleh pembantu rumah. Walau bagaimana pun, ibubapa seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka mengikut undang-undang Islam. Jika kita perhatikan orang-orang yang berada itu tidak bahagia hidupnya. Ini jelas dimana anak-anaknya sering bermalam rumah kawan dan kehidupan mereka tidak teratur dengan baik.

Kebahagiaan hidup ialah manusia terutama ibubapa berjaya memimpin anak-anak dan keluarganya ke jalan hidup yang sempurna dari segi kuat dalam agamanya, teratur kewangannya, baik akhlak dan memberi pendidikan terhadap anak-anaknya dengan baik. Kekayaan kebendaan sebenarnya kekayaan diseimbangkan dengan kekayaan hati nurani dan jiwa yang mulia selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Justeru itu, kekayaan sebeginilah yang menjamin kebahagiaan hidup manusia.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
FB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 17.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Fri Mar 20, 2009 4:32 pm

1.

Di pengajian tinggi, kemudahan komputer telah disediakan oleh kerajaan untuk para penuntut. selain itu, ia juga selaras untuk meningkatkan pendidikan di negara ini dengan perkembangan arus moden.

Internet memudahkan para penuntut mendapat pelbagai maklumat pendidikan yang sangat membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Di sini internet sebagai akese segera yang menjadi rujukan dan panduan yang berkaitan dengan pelajran yang kurang jelas pada mereka. Kini para guru dan penuntut dapat memperolehi maklumat dengan pantas dan banyak perkara-perkara penting sudah mudah diperolehi melalui internet.

Namun begitu, kemudahan teknologi seperti internet ada juga keburukannya jika para penuntut salah gunakan. contohnya, jika penuntut itu sering melayari internet, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya seperti sembahyang, serta membawa gejala dan kesan negatif yang boleh menjadi perosak fikiran.

Justeru itu, penuntut harus bijak memberi masa melayari internet.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
darizahB4



Jumlah posting : 3
Join date : 14.03.09
Lokasi : kampong penabai kuala tutong.

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 22, 2009 8:54 am

Masalah pencemaran alam sekitar perlu diberi perhatian serius kerana jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mendatangkan akibat buruk kepada kehidupan. Ini dapat menjejaskan kesihatan manusia disebabkan mereka terdedah dengan alam sekitar yang tidak bersih. Hal ini sekaligus dapat membahayakan nyawa mereka sendiri.

Pada masa kini, banyak berlaku pencemaran udara disebabkan pembuangan sampah di merata tempat. Biasanya sampah-sampah yang dibuang dibiarkan beberapa hari hingga menyebabkan binatang-binatang kecil seperti lalat, ulat, serengga dan sebagainya berkumpul di tempat kotor tersebut. Secara tidak langsunag, binatang-binatang ini membawa penyakit seperti malaria, denggi dan sebagainya. Selain itu, manusia juga terpaksa menyedut udara yang tercemar yang boleh mendatangkan ketidakselesaan pada diri dan persekitaran mereka.

Selain itu, pencemaran bunyi juga berlaku disebabkan banyak pengguna kenderaan memasang musik dengan kuat yang melebihi had sebagai pendengar. Ini dapat menjejaskan pendengaran mereka jika sering terdedah dengan perbuatan seperti ini kerana ia dapat merosakkan gegendang telinga yang menyebabkan pendengaran boleh menjadi kurang jelas.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://qizah.edublogs.org
darizahB4



Jumlah posting : 3
Join date : 14.03.09
Lokasi : kampong penabai kuala tutong.

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 22, 2009 8:55 am

Kekayaan kebendaan tidak membawa kebahagiaan sebenar dalam kehidupan manusia walaupun Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk mencari kekayaan di dunia asalkan tidak melebihi.

Bagi manusia, kekayaan masih dapat dicari selagi mampu namun kebahagiaan sebenar adalah sukar untuk didapati. Ini juga berdasarkan kekayaan kebendaan hanya sementara dan jika Allah berkehendak, Ia boleh mengambilnya kembali bila-bila masa. Sebaliknya amal soleh adalah bekalan untuk di akhirat kelak dan bukannya dengan kekayaan kebendaan.

Banyak manusia berharta gagal menemui kebahagiaan sebenar. Sebagai contoh, jika seseorang menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Harta benda tiada berguna baginya kerana tidak mampu menyembuhkan dirinya sebaliknya ia terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan kesedihan. Nyawa seseorang tiada bandingannya sekalipun dengan harta.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://qizah.edublogs.org
darizahB4



Jumlah posting : 3
Join date : 14.03.09
Lokasi : kampong penabai kuala tutong.

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 22, 2009 8:56 am

Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tampatan sangat berguna kerana dapat membantu para pelajar untuk mencari informasi yang berkaitan dengan matapelajaran mereka. Ini kerana sebilangan informasi yang mereka dapati dari buku rujukan kurang mencukupi. Sehubungan itu, informasi yang disediakan dalam internet lebih lengkap dan mudah didapati dengan cepat. Internet menyediakan pelbagai bahan rujukan dari segi pendidikan, hiburan dan sebagainya.

Namun terdapat juga pelajar yang menyalahgunakan kemudahan internet tersebut. Sebilangan pelajar menggunakannya untuk melayari web yang berkaitan dengan bahan-bahan negatif seperti untuk mengambil gambar-gambar lucah. Hal ini dapat menyebabkan mereka terpengaruh dengan benda-benda yang mereka dapati dari internet. Ini sekaligus menyebabkan mereka ingin mencuba adegan-adegan yang mereka tonton.

Sehubungan itu, para palajar harus menggunakan kemudahan internet yang disediakan khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Pelajar hendaklah bijak dan jangan sekali terjebak dengan pelbagai bahan negatif yang terdapat dalam internet. Sebaliknya ia hanya akan merugikan pelajar yang tidak menggunakan kemudahan tersebut dangan baik.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://qizah.edublogs.org
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 2 dari 3Pilih halaman : Previous  1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 4-
Navigasi: