Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : 1, 2, 3  Next
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 9
Join date : 05.10.08

PostSubyek: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Wed Oct 15, 2008 11:39 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.

3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang
sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.

6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat
anda.

7. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zhah-coretan.blogspot.com
shahB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 16.10.08
Age : 27
Lokasi : No. 12 x 12 Kampong Bukit Udal di Daerah Tutong dan di Negara Brunei Darussalam

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Jan 06, 2009 3:51 pm

sudah lama nampaknya tempat ini tidak di aktifkan. untuk maklumat lanjut kepada ade, baja di gunakan untuk menyuburkan tanah, bukan untuk membesarkan tumbuh-tumbuhan dan memproses makanan. Tumbuh-tumbuhan hanya memerlukan air, sinaran matahari dan kawasan yang subur untuk membesar dan memproses makanan. Dari itu, jangan risau tentang baja yang digunakan, baja-baja tidak termasuk di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika berminat untuk mengetahuinya lebih mendalam, sila tanya kepada guru-guru sain di sekolah kerana mereka lebih mengetahuinya seperti dalam firman Allah yang maksudnya, jika kamu tidak tahu, tanya kepada yang tahu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://masterchess.edublogs.org
rashidahB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Lokasi : kampong penabai,tutong

PostSubyek: kekayaan tidak membawa kebahagiaan   Mon Mar 02, 2009 11:20 am

Sebenarnya kekayaan tidak membawa kebahagiaan pada kita kerana kekayaan kita akan lupa diri kita sebenar.Disebabkan itu ramai golongan remaja yang mudah melakukan perkara yang negatif yang mana boleh menghancurkan hidup mereka.Bagi mereka selagi ada wang mereka boleh melakukan apa saja mereka mahu.Kebahagian bukan terletak dari harta benda tetapi kasih sayang terhadap keluarga terutama ibubapa.Budaya lepak dari golongan remaja terus berleluasa,disebabkan oleh kurangnya pengawasan daripada ibubapa yang selalu sibuk mengejar kerjaya untuk memenuhi keperluan anak mereka.
Ini menyebabkan remaja boleh melakukan perkara-perkara yang negetif diluar pengetahuan ibubapa.Remaja juga golongan yang mudah terpengaruh dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,pergaulan bebas,menyalahgunakan dadah,pemugut dan sebagainya.Mereka juga merupakan aset yang bernilai dalam negara kerana mereka inilah yang mengantikan generasi yang tamat perkhimatan atau yang telah bersara contoh sebagai guru,doktor,pegawai,pentadbiran dan sebagainya.Perkara ini berlaku disebabkan ibubapa lebih mementingkan kerjaya daripada urusan kekeluargaan.pada masa sekarang ibubapa lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan untuk memenuhi keinginan mereka sehingga mengabaikan anak mereka.kelalaian ibubapalah menjadi foktor yang menimbulkan masalah ini.
Ibubapa menyerahkan tugas menjaga anak kepada pembantu rumah.Disebabkan ibubapa tidak dapat meluangkan masa,maka remaja mengambil kesempatan keluar meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana jiwa mereka kosong yang tidak dipenuhi belaian kasih sayang dari ibubapa.akibat kurangnya kasihsayang mereka mudah bergaul dengan kumpulan orang samseng yang pengaruhi mereka melakukan perkara yang tidak baik contoh merokok,penagih dadah dan mencuri.Bagi ibubapa kakayaan adalah segala-galanya.


Terakhir diubah oleh rashidahB4 tanggal Sun Mar 29, 2009 9:21 pm, total 2 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ctrashidah.edublogs.org
FB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 17.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 02, 2009 11:29 am

5. Masalah pencemaran alam sekitar melibatkan masyarakat manusia khususnya kejadian seperti banjir yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kemunsahan harta benda dan hilang tempat tinggal. Selain itu, fenomena tersebut boleh menyebabkan aktiviti harian terjendala. Contohnya, kejadian banjir telah menyebabkan sebilangan guru dan penuntut tidak dapat hadir ke sekolah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
RainnieB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08

PostSubyek: KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJIAN TINGGI   Mon Mar 02, 2009 11:29 am

Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pelajar. Diantara kebaikannya ialah pelajar dapat mencari maklumat atau informasi dengan lebih banyak yang berhubung kait dengan mata pelajaran mereka. Contohya pelajar mencari maklumat dan isi-isi yang penting didalam internet sekiranya maklumat yang diberikan di tempat pengajian mereka tidak lengkap dan tidak mencukupi. Selain itu, pelajar juga akan lebih memahami mengenai mata pelajaran mereka. Kesimpulannya ialah pelajar tidak akan kekurangan informasi dan maklumat yang penting malahan, pelajar tersebut akan mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://rainnie.edublogs.org
Ro!!yB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 10.12.08
Lokasi : kampong panchong,Tutong

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus di beri perhatian serius. berikan akibatnya terhadap kehidupan.   Mon Mar 02, 2009 11:31 am

Masalah pencemaran alam sekitar pada masa sekarang terutama di negeri-negeri maju, jelas terlihat sangat berleluasa. Pencemaran alam sekitar ini adalah sesuatu perkara telah berlaku terhadap di sekelilingnya yang mana telah berlaku perubahan yang sangat teruk dan memusnahkan keindahan alam tersebut. Contohnya, hutan-hutan kecil dan sungai-sungai yang berhampiran kawasan bangunan maju, kebanyakkanya telah tercemar oleh sampah-sarap dan bekas-bekas buangan yang mengandungi toksin. Akan tetapi, pencemaran ini bukan saja menganggu keindahan alam, tetapi ia juga boleh menganggu kehidupan yang tinggal di sekitarnya.

Setiap alam sekitar sememangnya ada kehidupan yang tinggal di sana. Akibat dari pencemaran yang sangat teruk itu iaitu pemcemaran dari udara ataupun darat, ianya boleh memusnahkan dan menganggu kehidupan yang hidup di sana. Kehidupan yang jelas terlihat di alam sekitar ialah binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna.Contohnya, pencemaran ini boleh menganggu pembiakkan binatang-binatang, tumbuh-tumbuahan juga susah untuk hidup yang mana bolah mengakibatkan musnah. Justeru itu, pihak yang berkenaan haruslah mengambil tindakkan dan memberi perhatian yang serius terhadap masalah pencemaran alam sekitar ini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
rashidahB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Lokasi : kampong penabai,tutong

PostSubyek: penggunaan internet dalam pengajian tinggi   Wed Mar 04, 2009 10:24 pm

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar kerana ianya sebagai sumber yang mudah dan pantas.Internet ialah salah satu teknologi yang membolehkan kita berhubung dengan orang lain.Ia juda adalah bahan akses untuk telekomunikasi, dan sumber informasi di seluruh dunia sebagai contoh email.chatting dan sebagainya.Kebanyakkan pengguna internet menggunakan internet untuk mencari maklumat terutama dalam pembelajaran.Selalunya internet ini digunakan oleh pelajar dan guru.Pelajar merupakan golongan yang mudah terpengaruh dalam aktiviti yang kurang sihat contoh pergaulan bebas dan merokok.mereka juga merupakan aset yang berharga dalam negara yang menggantikan generasi yang tamat perkhitmatan.Dengan adanya kemudahan internet,ini akan memudahkan kita mencari sumber informasi dengan cepat.selain dari itu internet juga membawa pengaruh yang negatif kepada pengguna jika tidak digunakan dengan baik.Internet juga menyediakan berita secara online dan banyak kemudahan boleh kita dapat dalam menggunakan internet .


Terakhir diubah oleh rashidahB4 tanggal Thu Mar 05, 2009 7:35 am, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ctrashidah.edublogs.org
Dewi MastikaB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 7:11 am

Pada pandangan saya penggunaan internet dalam pengajian tinggi adalah sangat-sangat digalakkan untuk semua lapisan pelajar, tidak mengira usia, pangkat, darjat dan sebagainya asalkan ada kemahuan untuk mempelajarinya. Ini adalah bertujuan untuk kemudahan bersama dalam menuntut pelbagai ilmu. Walaubagaimanapun kadang-kadang ada sesetengah maklumat itu tidak sesuai dengan pembelajaran yang dikehendaki. Jadi sebagai penuntut haruslah bijak dalam menilai maklumat yang diterima supaya dapat menjalani pembelajaran dengan lancar. Sebagai contoh mencari maklumat pelajaran mengenai ilmu alam, sains dan sebagainya untuk maklumat tambahan daripada maklumat di dalam buku-buku rujukan ataupun buku-buku sekolah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SammyB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang abadi.   Thu Mar 05, 2009 7:20 am

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia. Bincangkan

Kekayaan kebendaan seperti yang semua kita ketahui hanyalah bersifat sementara sahaja. Namun demikian, semakin ramai yang ikut terjun ke gelanggang perlawanan dan berlumba-lumba untuk mengaut lebih banyak harta atau kekayaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan harta untuk menampung kehidupan kita sehari-hari tetapi dalam kebaikan atau faedahnya terselit beberapa keburukan yang dapat dikaitkan dengan tajuk perbincangan di atas.

Keghairahan mencari wang bukannya tidak baik tetapi dalam kesibukkan itu pandai-pandailah beringat bahawa kita masih ada tugas lain yang perlu diutamakan. Sering kali kita disajikan dengan masalah anak-anak yang mendapat kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarganya terutama sekali dari kedua orag tuanya. Anak-anak bertukar manjadi liar dan mula menimbulkan masalah hanya kerana inginkan secebis kasih sayang yang memang layak mereka terima. Apakah ini yang dinamakan kebahagiaan yang sebenarnya?

Orang yang dikategorikan sebagai kaya raya tidak akan tenang hidupnya. Keselamatannya tidak akan terjamin. Harta yang banyak itu telah menjadi umpan bagi penjenayah untuk mengapa-ngapakan dirinya dan keluarga. Adakah akan lahir rasa bahagia apabila hidup sentiasa diselubungi oleh rasa takut dan hanya bergantung kepada pengawal keselamatan. Setentunya tidak bukan? Yang nyata, yang terang lagi bersuluh kita menginginkan kehidupan yang damai, aman tenteram tanpa sebarang gangguan. Bak kata pepatah biar miskin harta, jangan miskin jiwa.

Kekayaan kebendaan sememangnya tidak membawa kebahagiaan yang hakiki kepada manusia. Kita seharusnya tahu dan sedar akan kenyataan ini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
elmeB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 16.10.08

PostSubyek: 1)penggunaan internet dalam pengajian tinggi   Thu Mar 05, 2009 7:23 am

Penggunaan internet boleh membantu dan memudahkan para pelajar dimana jua berada.Ianya terbukti apabila para pelajar berada di peringkat yang lebih tinggi masa untuk mengkaji sesuatu adalah singkat.Namun begitu, dengan adanya penggunaan internet ini ianya dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat dan juga cepat.Informasi yang didapati itu tidak tertumpu kepada satu informasi sahaja malahan banyak informasi yang dapat diperolehi.Mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari buku-buku yang sukar didapati untuk dikaji.Sebagai contoh kita hanya perlu menaip informasi yang kita perlukan dan kemudian dengan sekelip mata sahaja kita menerima informasi yang kita perlukan itu.Penggunaan internet juga memudahkan para pelajar untuk melayarinya dimana sahaja mereka berada.Mereka tidak hanya tertumpu kepada satu tempat sahaja malahan mereka boleh melayarinya di berlainan tempat seperti di kafe-kafe sambil minum dan berbincang bersama kawan-kawan.Mereka ini tidak hanya mendapat informasi daripada internet sahaja malahan daripada perbincangan mereka bersama kawan-kawan mereka juga.kesimpulanya,penggunaan internet ini lebih memberikan kesenangan dan kemudahan kepada mereka sekiranya mereka menggunakannya dengan betul.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://elme.edublogs.org
amirB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 16.10.08
Age : 27

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 7:34 am

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupannya.


Pada masa kini masalah pencemaran alam sekitar sepatutnya diberi perhatian yang sewajarnya. Kurangnya perhatian serius daripada pihak-pihak yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab menyebabkan alam sekitar yang cantik dan indah menyebabkan alam sekitar tercemar. Pihak berkuasa sepatutnya memberikan perhatian yang sewajarnya tentang masalah pencemaran alam sekitar ini tetapi kerana kurangnya perhatian daripada pihak berkenaan menyebabkan kehidupan-kehidupan seperti manusia, binatang-binatang dan tumbuhan-tumbuhan menerima kesan buruk daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Selalunya sikap acuh tak acuh ini masih ada dalam diri setiap manusia. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu sama-samalah kita menjaga keindahan alam sekitar daripada dicemari oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Pihak-pihak yang berkenaan juga sepatutnya mengadakan kegiatan amal bergotong-royong dengan cara mengiklan kan di televisyen,suratkhabar,radio dan sebagainya. Ini salah satu inisiatif untuk kita menjaga alam sekitar daripada pencemaran.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://gara.edublogs.org
adeB4

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Age : 26
Lokasi : near to sengkarai graveyard.

PostSubyek: pencemaran alam   Thu Mar 05, 2009 7:38 am

pencemaran alam semakin berluasan kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab dari manusia sendiri. pencemaran alam terjadi kerana pembangunan pesat dunia. contohnya industri-industri yang membuang sisa-sisa toksik di sungai dan di hutan, penggunaan kereta mengeluarkan gas karbon monoksida, pembakaran hutan dan lain-lain. kesannya kepada manusia ialah sungai tercemar dan tidak selamat untuk di minum dan lain-lain, udara tercemar menyebabkan kita susah bernafas kerana jerebu .kesemua perbuatan manusia ini bukan saja memberi kesan kepada manusia , malah kepada alam sekitar dan binatang-binatang. contohnya pembakaran hutan menyebabkan binatang-binatang kehilangan tempat tinggal mereka malah ia juga memberi kesan kepada manusai, contohnya pada tahun-tahun yang lepas pembakaran hutan secara besar-besaran di kalimantan, kesannya menyebabakan negara kita mengalami jerubu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://adebeb.edublogs.org
Dewi MastikaB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 7:38 am

Masalah pemcemaran alam sekitar ini sudah mejadi kebiasaan kita dengar di negara-negara yang sedang membangun. Bahkan masalah ini semakin bertambah serius hari ke hari dan telah menjadi bahan atau topik utama dalam persidangan antarabangsa. Banyak pihak telah berusaha keras dalam menangani masalah ini dengan serius. Oleh kerana permasalahan ini semakin bertambah teruk,ia telah mengakibatkan banyak masalah kepada alam sekitar. Sebagai contoh, banyak sungai-sungai yang tercemar disebabkan pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang-kilang ataupun rumah-rumah persendirian.Ini menakibatkan banyak kerugian kepada penternak ikan air tawar,apabila ikan -ikan yang dibela mati keracunan.

Ataupun antara contoh yang lain ialah pemcemaran udara,ini adalah disebabkan penggunaan kenderaan yang banyak serta menghasilkan asap kenderaan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, seperti masalah kesukaran bernafas serta penglihatan (mata menjadi gatal-gatal serta merah). No
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MeriyenB4



Jumlah posting : 4
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 7:40 am

Masalah pencemaran bukanlah satu masalah yang baru bagi kita,ianya seumpama satu beban pada masayrakat mahupun negara kita sendiri.Masalah pencemaran bukan hanya melanda negara kita,malahan banyak negara-negara lain turut mengalami masalah yang serupa dan mungkin ada yang lebih teruk dari apa yang negara kita alami pada masa ini.kita seharusnya sedar bahawa jika masalah ini tidak dibendung ianya akan memudaratkan kita sendiri.affraid
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
shahB4

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 16.10.08
Age : 27
Lokasi : No. 12 x 12 Kampong Bukit Udal di Daerah Tutong dan di Negara Brunei Darussalam

PostSubyek: Penggunaan Internet dalam pengajian tinggi   Thu Mar 05, 2009 7:41 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan. Berikan pandangan kamu mengenainya.

Internet banyak memberikan bahan-bahan yang diperlukan untuk para pelajar. Bahan-bahan itu termasuklah bahan yang memberikan unsur-unsur keugamaan, ilmu alam, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu kewangan dan sebagainya. Oleh itu, bahan ini sangat penting untuk para pelajar samaada untuk kertas kerja, kajian atau untuk memahami lagi ilmu yang telah mereka pelajari. Walaupun terkadang maklumat yang terdapat di internet adalah salah, penuntut yang belajar dalam pengajian tinggi haruslah tahu memilih maklumat yang tepat. Hal ini adalah kerana penuntut-penuntut adalah dari golongan yang meningkat dewasa dan pandai menilai sesuatu yang buruk dan baik yangmana menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh benda-benda yang negatif kerana kematangan pemikiran mereka. Oleh yang demikian, penggunaan internet dalam pengajian tinggi sangat berguna bagi para pelajar yang memerlukan bahan-bahan untuk belajar.

Selain memberikan pelbagai maklumat, internet juga memberikan kemudahan untuk berkomunikasi. Dari penggunaan internet itu, para pelajar boleh berhubung dengan rakannya yang tinggal di tempat yang jauh. Dari itu, para pelajar dapat berbincang mengenai pelajaran mereka di dalam internet walaupun mereka tidak bersua muka. Oleh itu, jelas bahawa penggunaan internet memberikan kesenangan untuk pelajar untuk belajar dalam pengajian tinggi yangmana rakan-rakan adalah terdiri dari pelbagai tempat.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://masterchess.edublogs.org
Dewi MastikaB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 9:08 am

Kekayaan adalah kemewahan ataupun kesenangan dalam pelbagai aspek termasuklah kekayaan kebendaan. kita juga ketahui bahawa kekayaan itu hanyalah bersifat sementara ataupun persifat keduniaan sahaja. Tetapi ramai juga yang masih berlumba-lumba untuk mendapatkannya dengan apa juga cara tidak mengiraan baik mahupun tidak. Asalkan mereka berasa puas, bahkan kadang-kadang mereka ini langsung tidak berasa puas hati dengan lempahan kekayaan itu. Selalunya orang yang menerima harta kekayaan ini terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan yang menerima kekayaan dengan hati yang tahu bersyukur dan yang kedua ialah golongan yang langsung tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikan.

Bagi golongan yang pertama bagi mereka kekayaan kebendaan ini akan dihargai dengan jalan yang betul atau dengan jalan yang benar. Sebagai contoh bersedekah kepada yang memerlukan,menderma dan sebagainya. Dengan cara ini mereka akan berasa aman dan bahagia di dunia serta akhirat iaitu pahala yang bakal mereka perolehi.Sebagai contoh,apabila mereka memderma mereka akan berasa senang hati melihat kebahagian mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Berbeza pula bagi golongan yang kedua, mereka ini akan berasa susah hati apabila melihat harta kekayaan mereka dibahagi-bahagi. Mereka ini juga akan tidak akan pernah puas hati dengan harta yang diperolehi,bahkan akan terus mencari-mencari kekayaan tersebut sehingga nafas terakhir mereka.Sebagai contoh, ramai remaja yang bermasalah sosial disebabkan kurang perhatian daripada keluarga mereka yang asyik sibuk mencari harta kekayaan kebendaan.

Jadi kekayaan kebendaan tidakalah semestinya akan membawa kebahagian kepada manusia.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MeriyenB4



Jumlah posting : 4
Join date : 02.03.09

PostSubyek: sambungan tajuk mengenai masalah pencemaran.   Fri Mar 06, 2009 2:24 pm

Keharmonian alam terjejas disebabkan kealpaan manusia sendiri.Terdapat beberapa aktiviti manusia yang membawa kepada pencemaran alam. Banjir terjadi disebabkan penebangan pokok-pokok oleh manusia secara sewenang-wenangnya.Penebangan pokok-pokok juga membawa kepada kemusnahan habitat. Bukan hanya penebangan pokok-pokok,malahan pembakaran hutan secara terbuka juga adalah salah satu faktor terjadinya pencemaran alam di negara kita dan juga negara-negara lain seperti Malaysia,Indonesia, India,Thailand dan sebagainya.Alasan kemajuan ekonomi dan pembangunan bukanlah suatu sebab mengapa pencemaran selalu terjadi tetapi ianya disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak mempedulikan betapa pentingnya alam sekitar. Pembuangan sampah-sarap secara terang-terangan akan mengakibatkan pembiakkan nyamuk-nyamuk yang akan merebakkan penyakit seperti denggi.Kenaikkan kadar karbon manoksida disebabkan meningkatnya jumlah kenderaan merupakan faktor lain yang mengundang kepada pencemaran.Selain dari itu,kesihatan akan mulai terganggu terutama kanak-kanak akibat dari asap yang dikeluarkan melalui kenderaan-kenderaan yang ada.Seharusnya masalah pencemaran alam harus diberi perhatian yang serius kerana jika isu ini tidak dibendung terlebih awal,pastinya ia akan memudaratkan lagi kehidupan yang hidup di alam semesta ini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MeriyenB4



Jumlah posting : 4
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Penggunaan internet dalam Pengajian Tinggi Tempatan.Berikan pandangan kamu mengenainya.   Fri Mar 06, 2009 2:49 pm

Penggunaan internet kian menjadi-jadi di kalangan masyarakat terutama sekali di dalam pengajian tinggi tempatan.Apatah lagi internet merupakan satu media masa yang semakin mendapat tempat di dunia revolusi ini. Internet menyediakan pelbagai informasi-informasi yang berguna terutama kepada penuntut-penuntut yang berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelbagai ilmu pengetahuan serta informasi yang sentiasa "updated" atau informasi terkini boleh didapati di internet dan ini menyebabkan mengapa ia sentiasa diperlukan oleh sesiapa sahaja.Akan tetapi sikap terlalu bergantung kepada alat kemudahan seperti internet ini akan mengakibatkan pelajar-pelajar menjadi malas dan tidak mampu mengekpresikan atau memberikan pendapat mereka sendiri.Selain dari itu,kelalaian dalam melayari internet akan menjejaskan prestasi-prestasi penuntut didalam pengajian tinggi. Memang tidak dinafikan internet sememangnya amat berguna dan banyak menbantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka,namun bergantung kepada individu itu sendiri dalam menilai samaada internet ini sesuatu yang berfaedah ataupun tidak. Smile
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SammyB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan. Berikan pandangan kamu mengenainya.   Sat Mar 07, 2009 7:59 am

Penggunaan internet sememangnya kini kian berleluasa dalam institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Ini kerana, boleh dikatakan hampir semua lapangan memerlukan internet untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman yang lebih memberangsangkan.

Memang tidak dapat disangkal bahawa dengan adanya kemudahan ini, para pelajar dan juga tenaga pengajar dapat menikmati suasana pembelajaran dengan lebih efisien dan selesa. Warga institusi boleh mengumpul dan menyediakan data-data yang diperlukan dengan mudah, cepat, ringkas dan padat memandangkan semua informasi dari internet adalah dari beberapa buah sumber rujukan yang berlainan, yang mudah diubah dan dikemaskinikan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.

Selain daripada itu, kemudahan wayarles ini, membolehkan si pengguna mengaksesnya di mana-mana sahaja mereka berada dan bila masa ia diperlukan. Internet sememangnya mampu meluaskan pengetahuan individual kerana bahan-bahan yang disediakan tidak hanya tertumpu pada satu bidang sahaja; sambil menyelam minum air. Maksudnya ketika sedang membuat kajian pada sesuatu topik, dalam masa yang sama penggunanya boleh juga mendapat ilmu pengetahuan lain. Di samping itu pelajar juga boleh bertukar-tukar maklumat dan pandangan dengan orang lain samada di dalam negeri ataupun di luar negara.

Internet telah banyak membantu kita hari ini, namun ia bergantung kepada seseorang itu samada untuk menggunakannya atas tujuan yang baik dan bukannya yang sebaliknya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
dayah B4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Mar 07, 2009 11:18 pm

Penggunaan internet di negara kita kini semakin berleluasa mengikut arus kemodenan yang semakin canggih. Internet selalunya digunakan oleh orang-orang yang sangat memerlukan seperti para pelajar serta guru-guru kebanyakannya. Ini adalah kerana melalui internet mereka boleh melayari laman-laman web yang disediakan bagi mengetahui dengan lebih lanjut data-data yang mereka inginkan. Disamping itu, dengan penggunaan internet dapat memperluaskan lagi ilmu pengetahuan terutama kepada pelajar-pelajar dengan syarat mereka tidak salah menggunakannya untuk tujuan yang tidak berfaedah, kerana internet boleh menimbulkan kesan-kesan negatif. Seperti melayari laman-laman web yang berunsurkan lucah, melihat cara trend pemakaian atau segala aksesori dari luar negeri dan sebagainya. Golongan remaja terutama kepada pelajar akan lebih mudah untuk terpengaruhi atau menjadikan sebahagian yang tersebut di atas sebagai 'role model' mereka atau sebagai ikutan. Kesimpulannya, penggunaan internet seharusnya dihadkan kepada yang lebih memerlukan sahaja terutama dalam pengajian tinggi tempatan, ini adalah lebih baik untuk mengurangi masalah-masalah sosial yang sudah semakin banyak berlaku di negara kita, Negara Brunei Darussalam.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
dayah B4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 09, 2009 12:24 pm

5. Alam sekitar merupakan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ia memberikan kita suasana yang segar dan selesa.
Manakala pencemaran yang dimaksudkan adalah termasuk seperti pencemaran air ataupun pencemaran udara. Alam sekitar yang tercemar boleh membawa kepada timbulnya pelbagai penyakit seperti batuk-batuk, demam denggi, selesema dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh penghirupan udara yang kotor dan tidak segar.

Tencemarnya alam sekitar selalunya berlaku akibat daripada proses globalisasi untuk memajukan negara, di mana hal ini telah menyebabkan pencemaran yang semakin berleluasa. Contohnya seperti sungai yang tercemar disebabkan oleh pembuangan sampah merata-rata yang sudah menjadi kebiasaan kepada manusia kini yang kurang memberi perhatian serius terhadap sekitarnya. Perkara ini telah mengakibatkan bekalan air paip tersumbat dan berbau busuk. Masalah seperti ini tidak boleh diambil ringan malah kita seharusnya mengambil peranan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk memulakan tindakan yang sewajarnya agar perkara hal tersebut tidak berlanjutan.Seperti memulakan kempen kebersihan dengan tema "Cintai Alam Sekitar', atau yang sebanding dengannya.

Oleh yang demikian, sumber-sumber semulajadi yang sering digunakan seperti sumber air, udara, tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan hendaklah dikawal keselamatannya, kerana hampir kesemua barang-barang yang kita gunakan kini adalah diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Jika alam sekitar tercemar, kita akan kekurangan sumber makanan kerana jumlah hasil pertanian dan perikanan akan menurun.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
MeriyenB4



Jumlah posting : 4
Join date : 02.03.09

PostSubyek: kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia.Bincangkan penyataan ini.   Mon Mar 09, 2009 1:54 pm

Pada pendapat saya,Rolling Eyes kekayaan kebendaan itu sebenarnya tidak mampu memberikan kebahagiaan yang sebenarnya dalam hidup kita. Cuba kita perhatikan kehidupan golongan orang-orang berada,bahagiakah hidup mereka? kerana dari apa yang saya ketahui,golongan yang mementingkan kebendaan ini selalu sibuk menambahkan harta mereka,namun yang peliknya mereka ini masih tidak dapat lari dari berhutang.Apalah yang bahagianya jika hidup dalam situasi sedemikian? mengapa kekayaan yang melimpah ruah di cari andai kita hidup hanya untuk sementara? apalah gunanya memiliki wang yang banyak andai disimpan untuk bekalan sendiri dan bukan untuk didermakan kepada mereka yang susah?kerana terlalu sibuk juga membuatkan mereka ini ( golongan berada ) juga kesuntukkan masa untuk bersama dengan ahli keluarga dan anak-anak.

kekayaan yang sebenarnya adalah mereka yang mempunyai harta dan memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia dari hartanya itu. Mereka ini adalah golongan orang-orang yang memiliki hati nurani yang tinggi,mereka yang beranggapan duit bukanlah segala-galanya,mereka yang selalu menderma,membayar zakat dan sebagainya.Mereka yang memiliki hati yang kaya, yang penuh dengan sifat mulia seperti lemah lembut terhadap sesama manusia, suka tolong menolong, tenang dan berpuas hati dengan apa yang ada, menghormati sesama insan, dan tidak memiliki sifat-sifat hati yang tercela seperti sombong, tinggi diri dan sebagainya, orang yang memiliki hati seperti itulah yang sebenar-benarnya kaya.

Sebelum saya mengundur diri ingin saya sampaikan satu hadis yang saya dapat melalui pencarian saya mengenai tajuk ini,iaitu sebuah hadis Rasulallah Saw yang bermaksud “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah dengan kayanya diri (jiwa),” Hadis disepakati oleh Imam Bukhari & Muslim. Wallahu a’lam.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
asymawib4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: 1. penggunaan internet di pengajian tinggi tempatan.   Tue Mar 10, 2009 8:45 am

Pada pendapat saya,internet adalah sistem komputer yang digunakan oleh seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan sumber maklumat dengan mudah dan juga sebagai penghubung. Oleh yang demikian, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada penggunaan internet iaitu di pengajian tinggi khususnya dan orang ramai amnya. Kerana kerajaan Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan sistem pembelajaran SPN21 yang mana penggunaan internet dipraktikan dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi.

Kini penggunaan internet di pengajian tinggi tempatan digunakan oleh penuntut dan tenaga pengajar untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang terkini yang terjadi pada masa ini. Sebagai contoh, penuntut di beri kerja oleh tenaga pengajar untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu yang terjadi pada masa kini. Dan dengan adanya internet penuntut tersebut dengan mudahnya mendapatkan maklumat yang di inginkan kerana internet selalu mengemaskini maklumat yang terkini. Pada masa kini penggunaan internet di pengajian tinggi tempatan juga digunakan sebagai cara untuk memudahkan penuntut dengan tenaga pengajar untuk berhubung. Sebagai contoh, penuntut dengan mudahnya dapat berhubung dengan tenaga pengajar mereka dengan menggunakan internet untuk bertanya semasa tenaga pengajar tidak berada di institusi dan ini juga memudahkan penuntut untuk menhantar kerja mereka dengan mudah dan cepat kepada tenaga pengajar mereka dengan menggunakan internet.

Oleh yang demikian penggunaan internet adalah amat penting bagi pengajian tinggi tempatan kerana penggunaan internet memudahkan tenaga pengajar dan penuntut untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Di samping itu juga internet juga digunakan sebagai cara untuk berhubung antara penuntut dengan tenaga pengajar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SammyB4



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.   Wed Mar 11, 2009 10:45 am

Masalah pencemaran alam sekitar bukanlah suatu perkara yang baru buat kita, malahan ia seperti sudah sebati dengan kehidupan manusia. Pencemaran yang terjadi adalah dari semua perspektif samada dari udara, air mahupun darat hasil daripada perbuatan manusia sendiri samada secara mereka sedari ataupun tidak.

Pencemaran darat seperti pembuangan sampah yang merata-rata merupakan masalah yang sering terjadi hingga ke hari ini. Sesetengah individu mempunyai sikap sambil lewa saja dalam sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Timbunan sampah yang terbiar selalunya mengakibatkan pembiakan nyamuk-nyamuk aedes, lalat, ulat dan mengundang penyakit seperti denggi.

Pembuangan sampah yang tidak bersistem ini juga boleh menyumbang kepada pencemaran air. Air menjadi tercemar dengan sampah-sampah yang tidak dibersihkan dari permukaan sungai ataupun laut yang mengakibatkan banyak hidupan dalam air terancam.

Manakala, masalah pencemaran udara pula ialah asap atau gas-gas merbahaya. Ia selalunya terhasil dari industri-industri, kenderaan dan juga dari kegiatan manusia seperti pembakaran terbuka. Akibatnya terdapat beberapa perubahan terhadap cuaca seperti kepanasan global, banjir akibat hujan yang tidak henti-henti dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, semua pencemaran harus diberi perhatian yang serius kerana jika tiada tindakan diambil, keindahan dan kedamaian ekosistem akan terjejas dan ia boleh memberi impak negatif kepada kita.
Smile
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
asymawib4



Jumlah posting : 3
Join date : 05.03.09

PostSubyek: 5. pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius.   Wed Mar 11, 2009 7:36 pm

Alam sekitar mempunyai peranan penting dalam kehidupan kita seharian kerana ia merangkumi udara,air dan tempat yang mana kita menggunakannya untuk keperluan seharian. Oleh yang demikian, kita haruslah memandang serius terhadap kebersihan alam sekitar. Jikalau kita membiarkan alam sekitar kita ini musnah begitu saja maka ia akan mengakibatkan beberapa masalah yang akan menjejaskan kehidupan kita seharian.

Misalnya air, pembuangan tosic ke dalam sungai yang di lakukan oeh industri-industri yang berdekatan dengan sungai akan mengakibatkan air sungai tercemar dan secara tidak lansung kehidupan kita seharian telah terjejas kerana kita tidak lagi mendapatkan air yang bersih untuk kita gunakan kita seharian. Udara pula, industri-industri yang mengeluarkan asap yang beracun akan mengakibatkan udara kita tercemar dan secara tidak lansung lapisan pada permukaan dunia akan menipis yang disebabkan oleh asap beracun dan ini mnyebabkan udara kita semakin panas dan juga kita akan sukar untuk mendapat udara yang segar kerana udara telah tercemar oleh asap yang dikeluarkan oleh industri-industri. Tempat juga perlu di beri perhatian yang serius kerana tempat ini melibatkan kawasan tempat kediaman kita dan jika kawasan tempat kita tercemar dengan longokkan sampah maka kehidupan kita akan terjejas kerana kita tidak akan merasa selesa mendiami kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu kita haruslah memandang serius dan mengambil perhatian bertapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar kerana ia akan menjejaskan kehidupan kita seharian.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 3Pilih halaman : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 4-
Navigasi: