Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : Previous  1, 2
PengirimMessage
emilliaB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan. Berikan pandangan kamu mengenainya.   Mon Mar 16, 2009 7:15 am

Penggunaan internet dalam pembelajaran adalah sesuatu yang baru pada zaman ini. Ianya juga mempunyai kebaikan untuk pelajar-pelajar. Seperti, pelajar-pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta dengan menggunakan e-mel.Internet juga boleh dijadikan sebagai rujukan pembelajaran. Jika hendak mencari sesuatu maklumat, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Ini kerana maklumat di dalam internet adalah lengkap.
Pelajar boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan persiapan terhadap pembelajaran yang akan diberikan oleh guru. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan.
Kesimpulannya, internet boleh dijadikan sebagai sesuatu yang berguna terhadap pendidikan untuk mencari maklumat lengkap. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah putih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan.
santa


Terakhir diubah oleh emilliaB3 tanggal Thu Mar 19, 2009 12:33 pm, total 3 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
emilliaB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara mengatasinya bagi Negara kita.   Mon Mar 16, 2009 7:32 am

Arrow Masalah permakanan adalah masalah yang menimbulkan kebimbangan global pada masa ini. Apabila pengeluar beberapa jenis bijiran asasi, termasuk beras, telah mendadak susut di negara-negara pengeluar utamanya. Dan menambah permasalahan lagi apabila beberapa negara pengeluar terpaksa mengeluar stok simpanan beras mereka untuk diagihkan kepada rakyat masing-masing.
Rakyat seharusnya bersedia dengan lebih awal sebelum permasalahan seperti ini menjadi rumit. Rakyat juga boleh bercucuk tanam seperti menanam padi dan hasilnya nanti untuk kesenangan keluarga. dan tidak susah bagi mereka jika beras semakin mahal. Kerana mereka telah mempunyai beras persendirian dengan hasil titik peluh mereka sendiri.
Kesimpulannya, rakyat harus bersiap sedia sebelum menghadapi apa-apa permasalahan yang mendatang. Supaya, nantinya tidak memeningkan kepala dalam memikirkannya. cheers
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
ann.s@b3



Jumlah posting : 3
Join date : 12.03.09
Age : 26
Lokasi : kpg lubuk pulau.daerah tutong.

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 16, 2009 12:03 pm

akibat dari pencemaran alam sekitar;

sungai akan mengalami pencemaran apabila individu yang tidak bertanggungjawap membuang sampah di perairan..sampah sarap kemudiannya menyumbat saluran dan menyebabkan air meluah-luah dan menyebabkan banjir dikawasan yang berhampiran.begitu juga apabila hutan digodolkan yang Tidak siapapun yang mendengarkan jeritan warga hutan itu dan jadilah haiwan ini, korban suatu pembangunan yang ama sekalitidak bersifat kemanusiaan.




study aNNie@b3
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
ann.s@b3



Jumlah posting : 3
Join date : 12.03.09
Age : 26
Lokasi : kpg lubuk pulau.daerah tutong.

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 17, 2009 9:10 am

penggunaan internet di pengajian tinggi merupakan langkah yang bijak untuk menaik taraf untuk mencari bahan rujukan namun ada sebilangan penuntut atau pengguna yang membabi buta tanpa usul periksa mengambil bahan rujukan itu tanpa mengtahui bahan itu dapat menenuhi permintaan atau kehendak soalan.


aNNie.suzana@b3. study
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
khairunnisaB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 06.10.08
Age : 27
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong.

PostSubyek: Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara mengatasinya di Negara kita.   Tue Mar 17, 2009 12:55 pm

Masalah permakanan adalah masalah global yang sering membimbangkan apatah lagi di negara kita lagi. Keselamatan makanan bermakna bahawa apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan pencemaran pada paras yang membahayakan. Semua
orang, sama ada mereka yang menghasilkan, mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian daripada rangkaian makanan. Oleh itu, kepastian keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan usaha berbilang sektor dari pemerintah, industri makanan dan pengguna.

8
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user Http://kupukupu.edublogs.org
emilliaB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya nya terhadap kehidupan.   Wed Mar 18, 2009 6:46 pm

Arrow Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Pencemaran boleh ditarifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam sebagai contoh, pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya. Akibat dari pencemaran udara ialah dapat mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.Dan seharusnya di ambil perhatian serius supaya pencemaran ini tidak berlaku. Sebagai contoh, pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini. Jagalah persekitaran alam supaya tidak terjadinya pencemaran alam. Laughing

flower
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SITI KHADIJAH



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: 6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat anda.   Thu Mar 19, 2009 8:39 am

Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Pantang larang ialah suatu adat yang menggelakkan kita dari melakukan sesuatu. Kemajuan bermaksud suatu pencapaian yang diperolehi untuk mencerahkan masa depan kita. Pantang larang ini adalah tidak baik dan ada sesetengahnya melanggar dari ajaran islam. Ia diamalkan oleh orang-orang kuno tetapi pada zaman moden ini orang-orang masih lagi mempercayainya sama ada yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Dimana, ‘Feng Shui’ memang terkenal di kalangan bangsa cina. Feng shui yang juga dikenali sebagai Kan-Yu bermaksud 'Undang-undang Syurga dan Bumi’ adalah amalan digunakan orang Cina dari dulu lagi terutama dalam menempatkan dan menyusun ruang untuk memperoleh persekitaran harmoni. Mempercayai untung rugi dan baik buruk sesuatu berasaskan konsep feng shui tidak betul kerana perkara seperti itu bersifat alami, termasuk kepercayaan khurafat. Orang jahiliah dulu percaya jika haiwan tertentu memasuki rumah mereka, ia dikatakan membawa sial tetapi apabila datangnya agama Islam, semua kepercayaan itu dibuang. Dengan adanya pantang larang ini hidup kita menjadi tersekat kerana terlalu mempercayai sesuatu fakta yang tidak jelas.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SITI KHADIJAH



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: 2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara mengatasinya bagi Negara kita   Thu Mar 19, 2009 8:45 am

Masalah permakanan ini merupakan suatu krisis dari segi permakanan. Dimana, masalah ini semakin meningkat di seluruh dunia termasuk Brunei. Oleh yang demikian kita haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Pada masa ini Negara kita masih lagi bergantung kepada produk dari luar Negara dan ini sangat membimbangkan kerana negara kita hanya mengeluarkan produk makanan yang sedikit. Oleh itu, kerajaan sepatutnya memberikan galakan moral kepada pengusaha-pengusaha penanaman padi supaya dapat meningkatkan lagi kuantiti produk mereka. Kerajaan juga sepatutnya memberikan pertolongan kepada mereka dari segi kewangan mahupun dari segi material-material yang mempunyai teknologi agar kualiti dan kuantiti mereka semakin meningkat. Di samping itu pihak kerajaan juga sepatutnya menggalakkan remaja-remaja yang menganggur untuk bercucuk-tanam. Selain daripada itu pihak berkuasa juga bertanggung-jawab dalam membuat krusus atau bengkel-bengkel usahawan. Kerajaan juga sepatutnya menggalakkan usaha produk tempatan agar orang-orang Brunei giat menceburkan diri dalam meningkatkan usaha tempatan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
SITI KHADIJAH



Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

PostSubyek: 5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya nya terhadap kehidupan.   Thu Mar 19, 2009 8:48 am

Pencemaran alam sekitar merupakan suatu tindakan yang tidak baik dan ‘tidak sihat’ serta tidak wajar dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggung-jawab. Akibat dari perbuatan ini ia membawa kesan negatif kepada alam sekitar, manusia mahupun binatang. Dimana kesan-kesan negatif ini boleh menjejaskan alam sekitar Negara kita. Contohnya pencemaran laut yang boleh menjejaskan hidupan laut seperti ikan, penyu, anjing laut dan bermacam-macam lagi. Hidupan laut ini boleh kehilangan nyawa disebabkan pencemaran bahan-bahan yang tertumpah ke laut seperti minyak. Selain daripada itu, pencemaran udara seperti asap rokok boleh menjejaskan nyawa ibu-ibu yang mengandung dan orang sekelilingnya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
safwanB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 19, 2009 12:27 pm

kekayaan dan kebendaan itun adalah satu yang sering menjadi keutamaan kita jika ingin kebahagiaan.Kita tidak akan dapat kebahagiaan itu dengan kemewahan sahaja,yang paling utama adalah kasih sayang dan hormat menghormati antara satu dengan yang lain.jika kedua-dua ini tidak hadir dalah kehidupan,kebahagiaan adalah satu yang mustahil didapat walaupun kita mempunyai kemewahan hidup.

contoh kasih sayang yang dapat kita dapat ialah dari ibu bapa,semasa kecil kita di besarkan dengan penuh kasih sayang.walaupun kita adalah sedikit susah untuk mendapat wang,tetapi kita tetap dapat kebahagiaan itu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mangkuk.edublogs.com
safwanB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan   Thu Mar 19, 2009 12:35 pm

alam sekitar adalah anugerah Allah kepada umat nya,kita harus menjaga kebersihan alam sekitar ini agar ia dapat di nikmati di masa akan datang.tetapi sekaran,lain pula halnya,orang ramai sering mencemarkan alam sekitar tanpa memikirkan akibatnya kepada kehidupan.

sebagai contoh kehidupan binatang-binatang.jka kita terus menerus melakukan pencemaran ini mungkin satu langkah yang boleh menghapuskan habitat binatang.ssekiranya semua bahan-bahan atau sisa-sisa toksik dari kilang dibuang di sungai,ini akan menyebabkan air sungai tercemar dan membuatkan ikan ikan tidak dapat hidup.oleh itu m pencemaran alan harus kita ambil berat kerana membahayakan kehidupan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mangkuk.edublogs.com
safwanB3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara   Thu Mar 19, 2009 12:45 pm

tanpa kita sedari masalah permakanan adalah satu masalah yang melanda negara-negara yang kurang bernasib baik.kita bersyukur kerana kita tida menghadapi masalah pemakanan di negara ini.tetapi kita tidak harus mengambil ringan tentang permakanan ini,kita harus mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan masalah ini brlaku di negara kita.

salah satu caranya ialah dengan mengadakan taklimat-taklimat kepada orang ramai tentang bagaimana untuk mejimatkan kewangan dalam permakanan agar kita tidak membazir.orang ramai mungkin tidak menyedari bahawa kita banyak membazir dalam hal makanan ini,oleh itu kita harus menyedarkan mereka bertapa pentingnya kita untuk tidak membazir makanan,kerana kita tidak menyedari bahawa ramai orang yang kebuluran di negara-negara miskin.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mangkuk.edublogs.com
aMaLz@B3

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

PostSubyek: kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan kepada manusia.   Thu Mar 19, 2009 12:46 pm

Kekayaan mempunyai kuasa yang begitu meluas kepada sesiapa sahaja.Semua orang inginkan kekayaan.Kekayaan menjadi sumber kerebutan di semua kalangan manusia.

Mementingkan kebendaan adalah sifat semula jadi setiap manusia.Jika kita teliti dalam hal ini,sebenarnya kekayaan kebendaan itu tidak membawa faedah kepada kita.Ini kerana semua itu hanya mendatangkan kemudaratan seperti selalu berkeinginan tinggi terhadap sesuatu.Dalam menjalani kehidupan,kita digalakkan bersederhana dengan memiliki kebendaan itu dan bukannya berlebih-lebihan sehingga mendatangkan kesusahan.Sekiranya hidup kita mewah sekali pun belum tentu hidup kita tenang dan memberi sepenuhnya kebahagiaan.Sedangkan orang yang hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang pun boleh hidup bahagia walaupun susah.Mereka lebih pentingkan kasih sayang,perhubungan yang baik antara sesama manusia,tolong menolong,memberi bakti daripada mengejar kekayaan yang tidak memberi sebarang jaminan kepada mereka untuk berjaya.

Terdapat golongan yang berharta hidup senang tetapi pada mereka kekayaan kebendaan itu tidak bernilai.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://gaokz.edublogs.org
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 2 dari 2Pilih halaman : Previous  1, 2

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 3-
Navigasi: