Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : 1, 2  Next
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 9
Join date : 05.10.08

PostSubyek: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Wed Oct 15, 2008 11:35 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.

3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang
sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.

6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat
anda.

7. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zhah-coretan.blogspot.com
imah B1

avatar

Jumlah posting : 9
Join date : 07.10.08
Age : 26
Lokasi : Panchor Papan / Danau, Tutong

PostSubyek: reply pendapat no.5   Sun Oct 19, 2008 5:52 pm

Like a Star @ heaven Alam sekitar perlu diambil perhatian sepenuhnya. Ini kerana alam sekitar yang kotor, impaknya akan dihadapi oleh semua kehidupan di dunia ini. Pertama sekali jelas kita ketahui ia akan menjejaskan kesihatan. Udara yang dicemari dengan karbon monoksida yang dihasilkan dari kenderaan akan mengakibatkan kanser kepada paru-paru manusia. Manakala air yang dicemari juga turut mengakibatkan kesihatan manusia. Manatidaknya apabila manusia memakan ikan-ikan dari air yang dicemari akhirnya manusia itu juga turut terkena akibatnya. Air yang dicemari juga boleh mengakibatkan hidupan dalam laut mahupun disungai makin berkurangan disebabkan kotoran-kotoran yang menjadi racun buat mereka (hidupan dalam air).
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://himmah.edublogs.org
Hapis B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 28
Lokasi : Tutong, NBD

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Oct 20, 2008 4:35 am

Penggunaan Internet dalam pengajian tinggi.

Penggunaan Internet boleh mempengeruhi kehidupan seseorang dalam mencapai kejayaan dalam akademik. Individu-individu atau pelajar terutama di sekolah menengah adalah perlu diperkenalkan lebih awal dengan penggunaan Internet sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Ini adalah kerana penggunaan Internet dapat memberi kesan yang positif kepada diri seseorang pelajar. Misalan, berbagai data maklumat yang tersedia dalam laman-laman web untuk pelajar-pelajar mencari sebarang rujukan. Selain itu penggunaan Internet juga boleh mempengaruhi minat pelajar dalam akademik. Dengan adanya khidmat komunikasi seperti forum-forum dari guru-guru mengenai hal pelajaran dan sebagainya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengubah cara pembelajaran kepada yang lebih berkesan dan seterusnya lebih produktif. Pelajar-pelajar sudah tentunya ingin berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita mereka di suatu hari nanti. Kejayaan adalah penting bagi pelajar untuk memajukan diri dan juga negara. Tanpa ada kejayaan dari pelajar-pelajar, kualiti sesebuah negara juga turut terjejas dan sukar untuk mendapat kemajuan yang lebih tinggi. Ini dapat dikaitkan kerana salah satu cara yang berkesan untuk pelajar berjaya dalam pelajaran adalah dengan menggunakan Internet sebagai keadah pembelajaran mereka. Oleh itu, sekolah-sekolah dan pusat pendidikan perlulah mengamalkan kaedah pembelajaran dengan menggunakan Internet sebagai kaedah tambahan yang baru bagi pelajar dalam mencapai kejayaan yang lebih mantap.


Terakhir diubah oleh Hapis B1 tanggal Sun Mar 08, 2009 8:23 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kuzer.edublogs.org
Hapis B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 28
Lokasi : Tutong, NBD

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Mar 07, 2009 8:45 am

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagaian yang sebenarnya kepada manusia. Bincangkan.

Kekayaan harta benda tidak memberi kebahagian yang sebenar kepada manusia di zaman sekarang malah ianya boleh membawa kepada berbagai masalah kepada kehidupan. Kerana di zaman sekarang kekayaan harta benda itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan seseorang yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Di zaman sekarang hanya orang yang berilmu tinggi dan dapat menggunakan ilmunya itulah yang dikatakan bahagia. Kerana kebahagian sebenar ialah satu perasaan yang wujud apabila seseorang itu berpuas hati dengan pekerjaan yang mendatangkan hasil yang sangat baik dari usahanya sendiri. Kebahagian juga bermaksud kegembiraan yang boleh membawa orang lain turut merasa gembira. Harta yang banyak tidak menjanjikan kebahagian sepenuhnya malah boleh membawa berbagai masalah kepada manusia. Kebanyakan orang-orang berharta ini tidak tahu bagaimana hendak menggunakan harta mereka itu kepada perkara yang betul dan sebaliknya mereka sering melakukan pembaziran. Kebanyakan orang pada masa sekarang mengeluarkan wang untuk mendapatkn barang-barang yang dihajati seolah-olah tidak mengenang apa akan terjadi di suatu masa kelak. Ada di antaranya lagi tidak sanggup wang atau harta mereka hilang kerana bersedekah dan beramal kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa menyederai bahawa harta mereka itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu jelas bahawa ilmu pengetahuan yang tinggi adalah penting untuk mendapatkan kebahagian bukan hanya kekayaan dari harta benda.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kuzer.edublogs.org
tan Miadi b1

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 03.03.09
Age : 26
Lokasi : Kampong Ukong

PostSubyek: 3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang   Sat Mar 07, 2009 8:49 am

Kekayaan kebendaan tidak menjamin kebahagian masa depan malah ia boleh menyebabkan kita lupa daratan. Kebahagian adalah salah satu pekara yang penting dan telah menjadi satu impian kepada orang ramai. Kebahagian juga mendorong kita untuk bersatu dalam menempuh berbagai dugaan dan juga halangan yang ada di dunia ini. Tampa kebahagian, sifat membenci sesama sendiri akan timbul dan di sana juga timbulnya berbagai-bagai masalah yang tidak terlintas difikiran manusia yang penuh dengan kesilapan. Contohnya, kita telah menyaksikan sendiri ataupun pernah dengar tentang berlakunya peperangan di mana-mana jua. Ini disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak mahu bersatu dengan pihak yang lain. Sehubungan dengan itu, kekayaan telah mengakibatkan kita lupa diri, meninggalkan tanggungjawap dan tugas-tugas yang belum kita laksanakan. Hal yang sedemikain adalah disebabkan hasutan syaitan yang telah mempengaruhi kita untuk menjauhi persatuan dan mendekati perbelahan. Tambahan pula sikap tamak dan pentingkan diri sendiri yang kita mesih simpan di dalam hati kita boleh membuatkan kita lupa akan diri kita sendiri. Oleh itu, kita harus membuat pilihan yand bijak dan memikirkan keburukan tentang kekayaan. Dengan itu, kekayaan yang sebenarnya hanya boleh membawa kebahagian yang sementara sahaja jikalau kita tidak dapat mengunakannya dengan sebaik-baiknya.


Terakhir diubah oleh tan Miadi b1 tanggal Tue Mar 10, 2009 12:07 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kirizaki.edublogs.org
Evlyn Bejau Anak Budin



Jumlah posting : 4
Join date : 28.02.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 08, 2009 1:06 pm

Tajuk: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

Kekayaan dari segi wang dan harta benda pada manusia tidak berguna kerana mereka yang mempunyai harta benda dan wang tidak akan rasa berbahagia hingga ke hujung nyawa mereka. Ini disebabkan kekayaan mereka tidak akan kekal selamanya.
Ramai orang setuju dengan kenyataan mengenai kekayaan tidak dapat membeli kebahagian manusia kerana mereka tahu dengan melihat keadaan sekeliling mereka yang sedang berlaku pada setiap orang. Misalnya, mereka yang memiliki kekayaan, rumah besar dan sebagainya, akan mengalami banyak masalah dalam keluarga mereka seperti perebutan harta benda, kuasa dan sering tidak mempercayai sesama sendiri. Kadang-kadang, orang yang sentiasa hidup sedarhana yang akan mengalami kebahagian dalam hidup mereka bersama keluarga mereka . Ini kerana, mereka mempunyai ikatan yang kuat dan kukuh dalam keluarga mereka seperti mereka sering bantu-membantu semasa dalam kesusahan.
Mereka yang hidup dalam kekayaan akan menyebabkan mereka berasa kesedihan kerana mereka melihat keadaan hidup mereka dengan ahli keluarga yang tidak ingin berbincang sesama mereka.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
nadsss.B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 08, 2009 2:52 pm

Tajuk ke 3 : Kekayaan harta benda tidak akan membawa kepada kebahagiaan.

Kekayaan bermaksud kemewahan dan kesenangan, manakala harta benda adalah merupakan sesuatu yang amat berharga dan bernilai seperti wang ringgit. Manusia hari ini berlumba-lumba dalam memiliki kemewahan tanpa memikirkan akibatnya.

Dalam mencapai kebahagiaan kita seharusnya tidak hanya bergantung sepenuhnya terhadap kekayaan yang kita miliki kerana ia hanya membawa kepada kehancuran yang berterusan dan akhirnya mendatangkan penyesalan. Kehancuran disini adalah akibat daripada kelalaian mereka dalam memiliki kesenangan duniawi.

Kelalaian dalam mengejar harta benda ini akan memberi kesan yang negatif terhadap masyarakat, keluarga dan negara. Contohnya, dari segi kekeluargaan, apabila ibu bapa asyik sibuk dengan hal pekerjaan dan akibatnya mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak di rumah maka dengan sendirinya anak-anak merasa terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang yang mencukupi.

Kita sebagai golongan masyarakat yang mempunyai etika dan akhlak dalam kehidupan haruslah mempertimbangkan sesuatu secara rasional. Apalah guna kekayaan jika pada hakikatnya di sana masih ada orang yang terluka.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
nadsss.B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 08, 2009 3:22 pm

Tajuk 4 : Kesihatan asas kabahagiaan hidup manusia.


Kesihatan adalah sangat penting dalam kehidupan kerana ia telah menjadi salah satu daripada asas untuk mencapai suatu kebahagiaan yang sempurna. Sempurna bermaksud apabila kita sihat, kita mampu tersenyum dan hidup dengan penuh keceriaan tanpa ada yang berasa sedih dan terluka. Contohnya, apabila kita sakit sudah pasti orang tua kita berasa sedih dan tidak akan tenang selagi kita tidak sembuh, akibatnya kesihatan mereka juga akan turut terjejas.Walhal sudah tentu kita tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang yang kita sayangi.

Kita sebagai generasi muda berilah contoh yang terbaik kepada mereka yang cuai terhadap kesihatan dengan memberikan mereka didikan agar mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap kesihatan mereka sama ada dari segi permakanan dan sebagainya sebelum terlewat kerana perjalanan hidup mereka masih panjang dan jika mereka hidup dalam keadaan yang sihat setentunya kebahagiaan itu akan menjadi milik kita.


Terakhir diubah oleh nadsss.B1 tanggal Tue Mar 10, 2009 12:03 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
nadsss.B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sun Mar 08, 2009 3:50 pm

Tajuk 7 : Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.

Kita adalah rakyat Negara Brunei Darussalam yang bernaung di bawah pemerintahan Raja kita. Kita berpijak di tanahnya sejak kita dilahirkan lagi, menghirup udara yang nyaman dan segar. Begitulah juga negaranya yang aman dan damai tanpa ada sebarang persengketaan. Kita bahagia tinggal di bumi Brunei dengan sistem pemerintahannya yang adil dan saksama. kita hidup di negara kita yang mempunyai adat dan peraturan hidup yang tertentu yang patut kita patuhi dan hormati.Tahun ini Negara kita mencapai kemerdekaan yang ke-25 tahun yang bertemakan “Kedewasaan Bernegara”. Kita tunjukkan kebanggaan kita kepada negara lain, bangga kerana menjadi rakyat Negara Brunei Darussalam yang permai. Kita berikan sumbangan yang berlipat ganda kepada negara, menaiktarafkan identiti negara agar menjadi kebanggaan generasi yang akan datang tanpa berasa takut dan malu kerana kita adalah bangsa merdeka. Kita junjung serta mantapkan Negara Brunei Darussalam agar suatu hari akan menjadi sebuah negara yang unggul dan berwawasan serta bercita-cita tinggi. Kita harus ingat bahawa dalam menghormati sesebuah negara itu adalah menjadi suatu perkara yang terpenting kerana di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.


Terakhir diubah oleh nadsss.B1 tanggal Tue Mar 10, 2009 12:13 pm, total 2 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Hapis B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 28
Lokasi : Tutong, NBD

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Mon Mar 09, 2009 6:35 pm

Akibat pencemaran alam sekitar.

Berbagai kesan buruk telah wujud kepada manusia akibat dari pencemaran alam sekitar. Manusia adalah diantara penghuni bumi ini, melakukan kerja sehari-hari dan sebagainya. Mereka ini memerlukan alam sekitar atau tempat-tempat yang bersih dan segar untuk sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari sebarang masalah. Sebagai contoh, manusia perlu menggunakan air yang bersih bagi menjamin kesihatan mereka dan bebas dari penyakit. Selain itu mereka juga mahukan udara yang segar untuk menjamin kesihatan mereka. Alam sekitar yang tercemar pada masa kini semakin ketara yang mana alam sekitar yang dulunya bersih dan segar sekarang sudah berubah dan tentunya akan memberi kesan kepada manusia. Pencemaran seperti pencemaran udara boleh menjejaskan sistem pernafasan. Kerana jika udara tercemar, berbagai racun tersekat masuk melalui hidung dan mulut manusia dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Selain itu pencemaran udara juga boleh menjejaskan lapisan ozone yang mana boleh menjejaskan penglihatan manusia. Pencemaran sungai pula boleh memberi masalah kepada manusia. Sebagai manusia yang ingin sentiasa sihat, air adalah penting dan jika sumber air iaitu sungai tercemar seperti berbagai benda-benda kotor dan sampah-sampah mengganggu sistem perjalanan sungai sudah semestinya akan menimbulkan berbagai masalah. Manusia boleh mendapat sakit kerana menggunakan air atau meminum air yang tercemar dan beracun. Selain itu, segala penghalang sungai seperti sampah-sampah akan menjejaskan perjalanan sungai dan seterusnya boleh mengakibatkan banjir yang mana ini boleh menambah masalah kepada manusia untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Oleh yang demikian pencemaran alam sekitar perlu diambil perhatian secara serius untuk mengelakan berbagai masalah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.kuzer.edublogs.org
imah B1

avatar

Jumlah posting : 9
Join date : 07.10.08
Age : 26
Lokasi : Panchor Papan / Danau, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 10, 2009 12:02 pm

5.pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.

pencemaran boleh dibahagikan dalam beberapa jenis, antaranya pencemaran alam sekitar di darat dan di sungai atau laut Dan segala pencemaran yang ada mempunyai impak kepada kehidupan yang hidup di dunia ini.

Pencemaran alam sekitar di darat ini biasanya di lakukan oleh manusia-manusia itu sendiri. Seperti membuang sampah di jalanan, membuat bising dan sebagainya. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka itu boleh menganggu kesihatan mereka dan orang lain juga. Misalnya membuang sampah di merata tempat boleh membiakan lalat yang boleh membawa penyakit “cholera” tatkala lalat itu singgah pada makanan-makanan kita. Membuat bising juga adalah salah satu pencemaran yang boleh merosakkan sistem pendengaran kita yang akhirnya boleh membuat seseorang itu kurang pendengaran atau tuli.

Pencemaran laut juga boleh dikategorikan kesalah manusia itu sendiri. Seperti membuang minyak-minyak kapal di laut dan sampah. Ini akan menyebabkan kehidupan-kehidupan aqua mati disebabkan termakan racun (minyak-minyak kapal) atau termakan sampah (pelastik) yang disangkakan rumput laut. Ada pun kahidupan aqua yang masih hidup setelah termakan racun namun manusia yang menangkap kehidupan aqua itu dan memakannya akan matu keracunan. Ini kerana racun itu akan terus turun menurun kepada yang memakannya.

Oleh itu, setiap pencemaran yang berlaku ini berpunca dari manusia itu sendiri dan kebanyakkan akibatnya juga di terima oleh manusia itu sendiri juga.

(200 patah perkataan)


Terakhir diubah oleh imah B1 tanggal Tue Mar 10, 2009 12:19 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://himmah.edublogs.org
aqilahB1

avatar

Jumlah posting : 10
Join date : 14.10.08
Age : 26

PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia   Tue Mar 10, 2009 12:05 pm

Dalam hidup seseorang, kesihatan adalah salah satu asas kebahagian hidup. Tanpa adanya kesihatan maka seseorang itu tidak akan hidup dengan sempurna. Ianya di ibaratkan sebagai emas.

Kesihatan merupakan anugerah tuhan. Tanpanya, seseorang itu sukar untuk mendapat sesuatu yang di ingininya. Dengan adanya kesihatn kita boleh melakukan apa sahaja. Contohnya, jika seseorang itu sakit dan tidak berdaya, dia tidak akan dapat bekerja untuk menampung hidup keluarganya. Lebih-lebih lagi orang yang berpendapatan rendah dan orang miskin. Ini boleh mengakibatkan keluarganya dalam keadaan yang serba kekurangan.

Jika seseorang itu dalam keadaan yang sihat, maka dia boleh bekerja untuk menampung keluarganya dan juga untuk menambah pendapatannya. Di samping itu, dia akan merasa bahagia kerana tidak ada perkara yang menghalangnya untuk melakukan sesuatu perkara.

Oleh itu, kesihatan adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Seseorang itu haruslah mnghargai kesihatan yang telah diberilkan kepadnya. Kesihatan boleh membuatkan seseorag itu merasa bahagia
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mera.edublog.org
Romalizah blok 1

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 07.10.08

PostSubyek: masalah permakanan adalah masalah global.   Tue Mar 10, 2009 12:06 pm

Kini masalah kekurangan makanan telah menjadi isu utama dan beberapa langkah telah diambil bagi memcukupi keperluan penduduk yang semakin bertambah ini. Makanan adalah salah satu keperluan yang penting bagi sesebuah Negara. Namun perubahan cuaca telah melambatkan hasil pengeluaran makanan seperti sayur-sayuran dan penanaman padi. Hal ini menyebabkan harga makanan semakin meningkat dan ditambah lagi dengan kemerosotan ekonomi yang telah melanda beberapa buah negeri.

Bebrapa langkah telah diambil bagi menangani masalah ini. Kerajaan telah berusaha unuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan tidak terlalu bergantung dengan beras yang diimport dari Thailand. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk mengikuti krusus bidang perusahaan bagi sama-sama mencari alternatif lain untuk meningkatkan ekonomi Negara khususnya dalam bidang pertanian. Kerajaan juga telah berusaha meningkatkan industri-industri seperti industri perikanan, industri makanan mentah dan lain-lain. Dengan erti kata lain, kerajaan tidak terlalu bergantung dengan hasil pegeluaran minyak dan gas.

Oleh itu, sebagai penduduk Negara ini, kita haruslah berusaha untuk sama-sama meningakatkan ekonomi Negara. Pembaziran juga harus dielakkan bagi menangani masalah kekurangan makanan
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://eyja.edublogs.org
imah B1

avatar

Jumlah posting : 9
Join date : 07.10.08
Age : 26
Lokasi : Panchor Papan / Danau, Tutong

PostSubyek: kesihatan asas kehidupan hidup manusia   Tue Mar 10, 2009 12:17 pm

4.kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

Kesihatan merupakan satu unsur penting kepada setiap manusia dalam menjalani hidup dan aktiviti seharian.

Kita seharus bersyukur kerana dianugerahakan kesihatan yang sihat dan kepada yang kurang sihat juga perlu turut sama bersyukur kerana masih dapat hidup walaupun dengan bantuan mesin atau ubat-ubatan. Kesihatan yang sihat dapat membuatkan hidup bertambah ceria kerana kita bebas untuk mengerjakan sesuatu yang diinginkan, seperti ketawa, bercakap, berjalan, bermain dan berfikir (kesemua ini memerlukan kesihatan yang sihat). Kesihatan juga penting untuk mencari rezeki untuk diri kita. Tanpa keihatan kita tidak mampu bekerja untuk mencari rezeki menanggung kehidupan seharian kita.

Oleh yang demikian kesihatan perlu dijaga dengan sebaik-baik mungkin dengan mengalakkan memakan makanan yang sihat yang diperkaya dengan vitamin-vitamin A,B,C,D dan E, zat besi dan tidak lupa juga air mineral. Kesemua ini akan lebih berkesan dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

Kesimpulannya, kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita untuk memastikan hidup sentiasa ceria, semangat dan bahagia.

(158 patah perkataan)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://himmah.edublogs.org
meirahss.B1

avatar

Jumlah posting : 12
Join date : 11.10.08
Lokasi : 2Tng

PostSubyek: KeKaYaAn BuKaN KeBaHagIaaN seBeNar   Tue Mar 10, 2009 12:17 pm

Kekayaan ialah kemewahan atau kesenangan yang susah untuk diperolehi oleh setiap individu. Mungkin, kekayaan dapat memberikan kebahagiaan kerana dapat memiliki sesuatu yang susah untuk diperolehi kecuali dengan bekerja dan berusaha atau secara percuma mengikut nasib masing-masing. Walaubagaimanapun, kekayaan jelas hanya buat semantara waktu sahaja. Kerana ia dapat menimbulkan perkelahian, kedengkian dan sebagainya. Orang-orang mungkin memandang tinggi terhadap kita jika kita kaya tetapi tidak juga kurang ada yang benci serta dengki. Oleh itu, disebalik kekayaan, ada lagi perkara yang menunjukkan kebahagiaan yang sebenar iaitu Kasih sayang. Kasih sayang ialah kebahagiaan yang sebenar kerana ia boleh menghindarkan dari sifat benci, dengki dan sebagainya. Dengan adanya sifat kasih sayang tidak kira umur dan bangsa, kita akan hidup dalam aman damai yang menunjukkan kebahagiaan sebenar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mirah.edublogs.org
Evlyn Bejau Anak Budin



Jumlah posting : 4
Join date : 28.02.09

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 10, 2009 12:20 pm

Tajuk: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya kepada kehidupan.

Masalah pencemaran merupakan masalah yang tengah di hadapi oleh kita kerana ia merupakan satu ancaman yang memberi kesan buruk kepada kehidpan. Jenis-jenis pencemaran boleh jadi pencemaran air,tanah dan udara.

Kesan pencemaran terhadap kehidupan adalah sangat bahaya terutamanya binatang-binatang yang semakin pupus contohnya burung DoDo. Ini disebabkan perasaan tamak manusia yang ingin membangun negara mereka dengan pesat, hingga melupakan spesis binatang seperti burung DoDo telah kehilangan tempat tinggal. Bukan hanya burung sahaja yang kehilangan tempat, spesis-spesis yang lain juga kehilangan tempat berlindung kerana tempat mereka telah dirobohkan bagi memperluaskan tempat bangunan didirikan.

Selain pencemaran tanah, air juga boleh tercemar kerana bekas-bekas manusia yang membuang bahan-bahan logi ke sungai yang menyalir ke laut. Ini menyebabkan ikan-ikan di sungai dan di laut mengalami masalah seperti banyak ikan telah mati kerana oksigen yang mereka perlukan telah dihalang oleh bahan-bahan tersebut. Bukan sahaja ikan, manusia juga mengalami masalah seperti kekurangan makanan kerana jumlah tangkapan ikan mereka semakin berkurangan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
farhana



Jumlah posting : 11
Join date : 28.02.09

PostSubyek: Kesihatan asas kebahagian manusia   Tue Mar 10, 2009 12:21 pm

Kesihatan asas kebahagian manusia.

Kesihatan ialah keadaan diri seseorang yang baik dan sempurna sama ada dari segi fizikal dan mental, serta bebas daripada sebarang penyakit. Ia juga penting bagi setiap individu untuk membantu menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan lancar.

Kesihatan yang sempurna berperanan sebagai mencorak gaya kehidupan kita. Perlakuan dalam kehidupan manusia ini ada hubungkaitnya dengan aspek-aspek kecergasaan sosial, mental, fizikal, emosi dan rohaini bagi setiap individu. Ini bermakna kesihatan yang baik boleh mendorong kecergasaan perlakuan yang baik.

Manusia bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga. Oleh itu setiap individu haruslah mempunyai badan yang sihat. Tetapi ada sesetengah manusia yang lupa tentang kesihatannya kerena terlalu asyik mengejar kemewahan. Ada juga yang gila kerja sehingga mengorbankan waktu makannya. Sedangkan Allah telah menguniakan 24 jam sehari; 8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk tidur dan 8 jam untuk membuat aktiviti. Oleh itu sesibuk manapun, kita hendakalah pandai menggunakan masa.

Terbuktilah sudah bahawa kesihatan juga mempengaruhi hidup kita. Tanpa tubuh dan fikiran yang sihat, sudah tentu hidup kita akan sukar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Romalizah blok 1

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 07.10.08

PostSubyek: kesihatan adalah asas kebahagiaan hidup manusia. jelaskan penyataan ini.   Tue Mar 10, 2009 12:23 pm

kesihatan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. tanpa kesihatan, kita tidak dapat membuat sesuatu perkerjaan dan mencari rezeki. Kesihatan itu tergantung kepada bagaimana kita hendak menjagannya. kesihatan itu perlu bukan saja dari segi fizikal malahan juga dari segi mental.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kesihatan dari segi fizikal terjejas. penjagaan makanan yang tidak teratur adalah salah satu punca masalah kesihatan. Manakala kesihatan dari segi mental terjejas apabila seseorang itu selalu menghadapi tekanan dan banyak berfikir. Dengan masalah kesihatan yang hadapi ini, seseorang itu sudah tentu akan menjadi kucar-kacir dalam kehidupanya sendiri.

Oleh itu, kesihatan amatlah penting dalam kehidupan dan iannya perlulah dijaga. bukan saja kesihatan fizikal, malahan kita juga perlu menitik beratkan kesihatan dari segi mental. Maka kebahagiaan hidup aka tercapai jika kita memiliki kesihatan yang bagus.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://eyja.edublogs.org
aqilahB1

avatar

Jumlah posting : 10
Join date : 14.10.08
Age : 26

PostSubyek: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia   Tue Mar 10, 2009 12:26 pm

Di dunia ini kekayaan kebendaan bukanlah segala-galanya. Setengah orang menganggap bahawa kekayaan kebendaan itu adalah penting dalam hidup. Pada masa ini kekayaan kebendaan itu penting untuk mencapai sesuatu yang kita hajati di dunia ini. Tanpanya hidup kita akan susah. Namun manusia haruslah menyedari bahawa ianya bukanlah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Kebahagiaan yang sebenar bagi orang yang menyedarinya adalah sebuah kasih sayang. Jika kita hanya kaya dengan kebendaan hidup kita tidak akan sempurna. Tetapi hidup kita juga tidak akan sempurna jika kita hidup dalam keadaan yang daif. Kita haruslah tahu mengimbangi sesuatu dalam hidup.

Contohnya yang paling ketara sekali bahawa kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenar adalah seperti seorang remaja yang mana sejak kecil dia dimanjai dengan kemewahan. Namun pada akhirnya akibat terlalu kebiasaan dengan kemewahan dan kurang dengan kasih sayang,remaja itu akhirnya telah 'rosak' dan berani melawan ibu bapanya.

Oleh itu janganlah terlalu mementingkan kekayaan dan sedarilah kekayaan itu tidak akan bersama kita di akhirat.


Terakhir diubah oleh aqilahB1 tanggal Tue Mar 10, 2009 12:27 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mera.edublog.org
nadsss.B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 10, 2009 12:27 pm

i already finish work-work that teacher ask do it. my sweat run when i do the work-work. i know my work-work not true. i feel sad when i think that, that why i don't want think-think that again. good for me just close my eyes and sleep-sleep. May Allah bless me more again-again. bye good you all Embarassed
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
meirahss.B1

avatar

Jumlah posting : 12
Join date : 11.10.08
Lokasi : 2Tng

PostSubyek: MaSalaH PeNcEmaRan AlaM sEkiTar Harus dibeRi pERhATIan sEriuS...   Tue Mar 10, 2009 12:31 pm

Alam sekitar ialah keadaan disekeliling kita. Ia adalah anugerah Tuhan yang patut kita hargai dan jagai. Namun, alam sekitar pada masa ini semakin dikotori terutama pencemaran sampah dimerata-rata tempat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, pencemaran alam sekitar haruslah diberi perhatian dengan timbulkan sikap bertanggunjawab dan hilagkan sikap malas pada setiap individu. Selain itu, pihak yang berkenaan bolehlah mengadakan kempen-kempen untuk membersihkan kawasan yang berkenaan dan sebagainya. Ia sangat penting untuk diberi perhatian kerana alam sekitar berperanan penting untuk kehidupan yang lebih sihat serta kemajuan negara kita sendiri. Jika negara kotor, maka dengan sendirinya, pelancong-pelancong tidak akan datang dan negara kita akan rugi. Oleh itu, masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius.. Smile
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mirah.edublogs.org
Leeyana B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 27
Lokasi : the lost bride, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 10, 2009 12:39 pm

Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini

Kesihatan merupakan salah satu asas dalam mencapai kebahagian hidup. Kesihatan berperanan sebagai bahan kebahagiaan. Mempunyai badan yang sihat akan melancarkan kerja dan tanggungjawab kita sehari-hari.

badan yang sihat dapat membantu kita untuk membuat kerja dengan senang hati dan segalanya akan dijamin berjalan lancar. Jika sekiranya kesihatan kita tidak baik, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan aktiviti harian kita. Contohnya, seorang petani yang hanya bergantung kepada hasil tanamannya tiba-tiba jatuh sakit dan tidak dapat keluar untuk mencari rezeki, keluarganya tidak mendapat sesuap nasi. Ini akan membimbangkan si isteri dan sekaligus si isteri akan mencari jalan untuk mengubati si suami. Selalunya, masaalah yang sebegini kan berlaku kepada mereka yang kurang pendapatan hidup. Mereka sanggup tidak makan demi untuk mengubat penyakit suami. Tambahan pula, kos perubatan sekarang sangat mahal.

Jadi, dapat kita simpulkan disini bahawa, kesihatan itu adalah salah satu rempah ratus untuk kita hidup bahagia. Adanya kesihatan badan yang baik, kita tidak perlulah berfikir dan mengerutkan dahi memikirkan maasalah yang bakal kita dihadapi. Badan yang sihat akan membantu kita memikirkan jalan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masaalah. Sihatnya badan, akan sihatnya minda.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://dior.edublogs.org
Evlyn Bejau Anak Budin



Jumlah posting : 4
Join date : 28.02.09

PostSubyek: kesihatan asas kebahagian hidup manusia   Tue Mar 10, 2009 12:41 pm

Kesihatan merupakan satu kebanggaan manusia kerana mereka ingin melakukan kegiatan yang ingin mereka lakukan. Asas kebahagian hidup manusia bergantung kepada kesihatan mereka, ini kerana kesihatan mereka amat perlu bagi membuat kerja-kerja seharian mereka di rumah, di tempat kerja dan di mana-mana tempat. Sekiranya manusia jatuh sakit, mereka tak dapat membuat kerja harian mereka.

Kesihatan merupakan satu kebahagian kepada manusia kerana mereka dapat mencari pendapatan untuk keluarga mereka dari berbagai aspek. Orang yang berkeluarga harus menjaga kesihatan mereka kerana jika mereka jatuh sakit, mereka tidak dapat mencari pendapatan hidup mereka bagi mengampung keluarga mereka dari segi wang dan makanan.

Kesihatan juga amat penting bagi manusia untuk menjalankan kegiatan-kegiatan harian mereka. Ini kerana mereka harus mempunyai tubuh badan yang sihat dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kegiatan mereka seperti bekerja, pergi ke sekolah, bermain dan bersukan.

Oleh itu, kita harus menjaga badan kita agar sentiasa sihat dan menghindari dari terkena sebarang penyakit.
Very Happy
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
imah B1

avatar

Jumlah posting : 9
Join date : 07.10.08
Age : 26
Lokasi : Panchor Papan / Danau, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Mar 10, 2009 12:43 pm

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.


Dunia sekarang semakin maju dan moden begitu juga dengan pertambahan jumlah penduduk di dunia ini yang pada akhirnya menimbulakan krisis kekurangan makan. Negara kita iaitu negara Brunei Darussalam juga turut terkena impak yang sama.

Apa yang jelas dilihat pada ketika ini negara kita mengelami kekurangan beras dimana negeri yang mengeksport beras iaitu Thailand ke negara kita telah menyekat jumlah beras yang mereka ingin eksportkan kerana negeri mereka juga mengalami kekurangan beras dimana rakyatnya makin bertambah dengan cepat sekali.

Oleh itu Brunei Darussalam perlu mempunyai alternatif-alternatif dalam menyelesaikan masalah berikut seperti menanam padi tempatan. Sungguhpun ianya tidaklah cukup untuk menampung keperluan penduduk Brunei tetapi serba sedikit Brunei telah berusaha untuk menangani masalah tersebut. Seboleh-bolehnya penduduk Brunei digalakkan untuk menanam padi mereka sendiri untuk menampung keperluan sekeluarga.

Antara lain juga dengan menyediakan beberapa bidang tanah yang dikhaskan untuk menanam padi. Mesin-mesin juga amatlah diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan-pertumbuhan dan memproses padi.

Kesimpulannya, alternatif-alternatif di atas serba sedikit dapat menambahkan lagi jumlah padi di negara kita. Antara lain untuk menambah makanan di Brunei dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang dapat ditanam dan tidak perlu bergantung kepada makanan-makanan import.

(246 patah perkataan)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://himmah.edublogs.org
farhana



Jumlah posting : 11
Join date : 28.02.09

PostSubyek: Penggunaan internat dalam pengajian tinggi.   Tue Mar 10, 2009 12:44 pm

Penggunan internat dalam pengajian tinggi tempatan.

Penggunan internat amat penting bagi individu terutama para pelajar dan juga guru-guru. Cuba kita jelajah di seluruh sekolah Brunei Darussalam, hampir semua penuntut dan juga guru-gura menggunakan internat untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Ini kerana internat telah menyediakan pelbagai-bagai informasi yang mereka perlukan. Kita tidak lagi perlu menyusahkan diri untuk merujuk dan mencari-cari informasi di dalam buku. Internat boleh di gunakan di mana-mana sama ada di rumah ataupun di sekolah. Internat memberi kesan yang positif kepada pelajar terutama di pengajian tinggi. Misalnya mereka dapat menyiapkan kerja mereka dengan mudah dan cepat dengan adanya internat. Tetapi ada sesetengah daripada mereka menyalah gunakan internat, mereka melayari laman-laman web yang kurang menyenangkan. Maka dengan itu kita haruslah pandai menggunakan internat untuk melangkah lebih jauh lagi
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 2Pilih halaman : 1, 2  Next

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 1-
Navigasi: