Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : Previous  1, 2
PengirimMessage
Sui Fang B1

avatar

Jumlah posting : 5
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.   Sat Mar 07, 2009 8:47 am

Alam sekitar ialah alam yang berada disekeliling kita, contohnya bangunan-bangunan yang didirikan seperti rumah, hospital sekolah dan banyak lagi, dan tumbuh-tumbuhan iaitu alam semula jadi juga adalah salah satu alam sekitar.
Kini, alam sekitar kita tercemar akibat dan orang ramai masih lagi tidak menghiraukanya. Haruslah kita menjaga kebersihan alam sekitar kerana apabila tercemar ramai orang akan jatuh sakit. Oleh itu orang ramai mestilah memberikan perhatian yang serius demi menjaga kesihatan. Walaupun kita sudah berpijak didunia yang moden, sekurang-kurangnya kita juga mesti memikirkan tentang alam sekitar demi masa depan.

Terdapat beberapa sebab pencemaran alam ini berlaku. Antaranya ialah gas yang berbahaya seperti karbon minoksida yang dihasilkan dikilang-kilang dan
industri-industri serta asap-asap yang dikeluarkan dari keenderaan atau pembakaran sampah. Gas yang dihasilkan dari contoh-contoh tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu terjejas kesihatannya dan akibat lain ialah apabila banyak gas tersebut boleh memanaskan global, yakni pemanasan global. Apabila pemanasan global berlaku ianya boleh menipiskan lapisan ozon, “Ozone layer” yang mana boleh mengakibatkan cahaya ultra untuk menembusi bumi dan cayaha ultra ini boleh menyebabkan orang ramai menghidap penyakit barah.

Oleh itu, orang ramai mestilah menjaga alam sekitar ini dengan sebaik-baiknya agar ia tidak tercemar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://vivacii.edublogs.org
Firah B1

avatar

Jumlah posting : 6
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan manusia   Sat Mar 07, 2009 8:47 am

Kesihatan adalah sesuatu yang mesti diberi perhatian kerana ia membolehkan kita melakukan aktiviti-aktivti seharian. Kesihatan membawa kebahagiaan. Dengan adanya kesihatan yang baik, apapun dapat dilakukan dan adalah bernasib baik jika beroleh umur yang panjang.

Kesihatan yang tidak baik, sesetengahnya berpunca daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Antaranya ialah merokok, menggiatkan diri dengan dadah, berfikiran negatif dan selalu mengalami stress. Kesemua aktiviti- aktiviti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami depresi dan membawa akibat yang buruk seperti membunuh, mencuri dan sebagainya menyebabkan orang-orang tertentu seperti mangsa menderita. Begitu juga dengan pengambilan permakanan yang terlebih ataupun kurang vitamin dan zat akan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit yang serius seperti obesiti dan anaroxeia.

Oleh yang demikian, kesihatan harus dijaga. Jika terjadinya penyakit-penyakit yang tidak diingini, banyak masalah yang akan dihadapi, seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengalami stress yang tidak mungkin akan membawa kepada kebahagiaan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://Firenze.edublogs.org
nadsss.B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Mar 07, 2009 8:47 am

3.Kekayaan harta benda tidak membawa kepada kebahagiaan.

Kekayaan adalah kemewahan atau kesenangan. Manakala maksud harta benda pula merangkumi tentang sesuatu sama ada ianya bernilai ataupun tidak, contoh sesuatu yang bernilai itu ialah seperti wang, perhiasan, perabut, rumah dan sebagainya. Maka keseluruhannya, maksud kekayaan harta benda itu ialah menikmati kesenangan dan kemudahan yang diperolehi daripada sesuatu harta benda yang bernilai. Justeru itu, dalam mencapai suatu puncak kebahagiaan itu tidaklah hanya dengan menikmatinya walhal pada hakikatnya kekayaan harta benda tidak memenuhi kebahagiaan yang kita inginkan.

Terdapat beberapa faktor atau punca mengapa manusia hari ini hanya mementingkan kekayaan harta benda. Diantaranya, mereka hanya ingin di pandang mulia dan tinggi di mata masyarakat, ingin kelihatan lebih berpangkat serta dihormati dalam apa jua keadaan tanpa menghiraukan kesan dan akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Manusia hari ini tidak pernah melepaskan peluang dalam merebut kekayaan yang difikirkan jalan untuk mendapat kebahagiaan namun sebaliknya ada yang terluka. Seperti seorang anak yang terbiar yang memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu atau bapa.

Selain daripada itu, Masyarakat kurang memikirkan tentang kesan daripada perbuatan mereka yang sentiasa mengejar kekayaan sama ada kesan terhadap masyarakat, keluarga dan sebagainya. Dalam bermasyarakat kita hidup dalam keadaan yang sederhan a tanpa ada perselisihan faham sesama golongan hanya kerana untuk memiliki harta dengan bertujuan untuk mengatasi keuntungan orang lain, akibatnya akan ada pihak yang tidak berpuas hati dan saling bersengketa sesama sendiri. Ini boleh menggoncangkan kerukunan dalam bermasyarakat.

Kesan terhadap keluarga pula ialah kurangnya kasih sayang daripada kedua ibubapa yang sepatutnya diberikan kepada seorang anak, contohnya ibubapa yang sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehinnga lalai akan tanggungjawab mereka sebagai orang tua.

kesimpulannya, kita sebagai masyarakat yang hidup untuk melahirkan kerukunan dalam kehidupan bukannya menimbulkan persengketaan sesama sendiri hanya kerana ingin mengejar kekayaan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Leeyana B1

avatar

Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 27
Lokasi : the lost bride, Tutong

PostSubyek: topik : 3   Sat Mar 07, 2009 8:47 am

3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang
sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

Semua orang mahukan kekayaan dan kesenangan di dunia ini. Mungkin, kesenangan atau kemewahan itu akan memberi kebahagian kepada mereka. Tetapi, sebenarnya, ianya terkeluar daripada apa yang mereka fikirkan.

Kemewahan mempunyai keburukkan dan juga dapat menghancurkan kebahagiaan. Keburukkan ialah sesuatu yang kita tidak mahu berlaku terhadap diri kita. Seperti contoh, kehancuran rumah-tangga, kegagalan dan sebagainya. Manusia tidak suka akan benda-benda sebegini menimpa mereka.
Kemewahan boleh menghancurkan kebahagian seseorang apabila seseorang itu leka mengejar kemewahan tanpa memikirkan keluarganya sendiri. Ada yang sanggup menggadai rumah demi untuk mendapatkan wang untuk melabur demi kekayaan dirinya. Sehinggakan anak-anak mereka akan tinggal merempat dan menyerahkan semua tanggungjawab kepada isterinya. Si suami pula tidak akan tinggal bersama-sama mereka, malah berfoya-foya di luar dan menikmati kekayaannya itu bersama orang lain.

Bagi orang yang sudah memiliki kemewahan, senarionya pula akan berlainan dengan orang mengejar kekayaan. Orang yang sudah mencapai kesenangan, mereka akan lebih memberi perhatian penuh kepada karier mereka. Masalah dirumah tidak akan diendahkan malah, isteri yang menguruskan semua hal-hal rumahtangga. Hal pembelajaran anak-anak juga diabaikan. Anak-anak akan kurang kasih sayang dari ayahanda mereka. Sehingga ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ayahnya walaupun tinggal sebumbung.

Oleh itu, kekayaan tidak lah sepenuhnya akan memberi kebahagiaan kepada kita. Kebahagian itu datangnya dari kasih-sayang yang cukup dan pengurusan rumahtangga yang teratur.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://dior.edublogs.org
imah B1

avatar

Jumlah posting : 9
Join date : 07.10.08
Age : 26
Lokasi : Panchor Papan / Danau, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Mar 07, 2009 8:50 am

5.pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.

pencemaran boleh dibahagikan dalam beberapa jenis, antaranya pencemaran alam sekitar di darat dan di sungai atau laut Dan segala pencemaran yang ada mempunyai impak kepada kehidupan yang hidup di dunia ini.

Pencemaran alam sekitar di darat ini biasanya di lakukan oleh manusia-manusia itu sendiri. Seperti membuang sampah di jalanan, membuat bising dan sebagainya. Tanpa mereka sedari perbuatan mereka itu boleh menganggu kesihatan mereka dan orang lain juga. Misalnya membuang sampah di merata tempat boleh membiakan lalat yang boleh membawa penyakit “cholera” tatkala lalat itu singgah pada makanan-makanan kita. Membuat bising juga adalah salah satu pencemaran yang boleh merosakkan sistem pendengaran kita yang akhirnya boleh membuat seseorang itu kurang pendengaran atau tuli.

Pencemaran laut juga boleh dikategorikan kesalah manusia itu sendiri. Seperti membuang minyak-minyak kapal di laut dan sampah. Ini akan menyebabkan kehidupan-kehidupan aqua mati disebabkan termakan racun (minyak-minyak kapal) atau termakan sampah (pelastik) yang disangkakan rumput laut. Ada pun kahidupan aqua yang masih hidup setelah termakan racun namun manusia yang menangkap kehidupan aqua itu dan memakannya akan matu keracunan. Ini kerana racun itu akan terus turun menurun kepada yang memakannya.

Oleh itu, setiap pencemaran yang berlaku ini berpunca dari manusia itu sendiri dan kebanyakkan akibatnya juga di terima oleh manusia itu sendiri juga.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://himmah.edublogs.org
aqilahB1

avatar

Jumlah posting : 10
Join date : 14.10.08
Age : 26

PostSubyek: tajuk 4   Sat Mar 07, 2009 8:51 am

Dalam hidup seseorang, kesihatan adalah salah satu asas kebahagian hidup. Tanpa adanya kesihatan maka seseorang itu tidak akan hidup dengan sempurna. Ianya di ibaratkan sebagai emas.

Kesihatan merupakan anugerah tuhan. Tanpanya, seseorang itu sukar untuk mendapat sesuatu yang di ingininya. Dengan adanya kesihatn kita boleh melakukan apa sahaja. Contohnya, jika seseorang itu sakit dan tidak berdaya, dia tidak akan dapat bekerja untuk menampung hidup keluarganya. Lebih-lebih lagi orang yang berpendapatan rendah dan orang miskin. Ini boleh mengakibatkan keluarganya dalam keadaan yang serba kekurangan.

Jika seseorang itu dalam keadaan yang sihat, maka dia boleh bekerja untuk menampung keluarganya dan juga untuk menambah pendapatannya. Di samping itu, dia akan merasa bahagia kerana tidak ada perkara yang menghalangnya untuk melakukan sesuatu perkara.

Oleh itu, kesihatan adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Seseorang itu haruslah mnghargai kesihatan yang telah diberilkan kepadnya. Kesihatan boleh membuatkan seseorag itu merasa bahagia.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mera.edublog.org
Romalizah blok 1

avatar

Jumlah posting : 4
Join date : 07.10.08

PostSubyek: masalah makanan adalah masalah global.   Sat Mar 07, 2009 8:52 am

Kini masalah kekurangan makanan telah menjadi isu utama dan beberapa langkah telah diambil bagi memcukupi keperluan penduduk yang semakin bertambah ini. Makanan adalah salah satu keperluan yang penting bagi sesebuah Negara. Namun perubahan cuaca telah melambatkan hasil pengeluaran makanan seperti sayur-sayuran dan penanaman padi. Hal ini menyebabkan harga makanan semakin meningkat dan ditambah lagi dengan kemerosotan ekonomi yang telah melanda beberapa buah negeri.

Bebrapa langkah telah diambil bagi menangani masalah ini. Kerajaan telah berusaha unuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan tidak terlalu bergantung dengan beras yang diimport dari Thailand. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk mengikuti krusus bidang perusahaan bagi sama-sama mencari alternatif lain untuk meningkatkan ekonomi Negara khususnya dalam bidang pertanian. Kerajaan juga telah berusaha meningkatkan industri-industri seperti industri perikanan, industri makanan mentah dan lain-lain. Dengan erti kata lain, kerajaan tidak terlalu bergantung dengan hasil pegeluaran minyak dan gas.

Oleh itu, sebagai penduduk Negara ini, kita haruslah berusaha untuk sama-sama meningakatkan ekonomi Negara. Pembaziran juga harus dielakkan bagi menangani masalah kekurangan makanan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://eyja.edublogs.org
hasinahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08

PostSubyek: No.5   Sat Mar 07, 2009 9:55 am

Pada masa ini, pencemaran alam semakin menjadi-jadi, contohnya, pencemaran udara, pencemaran laut dan sebagainya. Kesemua ini membawa keburukkan kepada diri kita malah disekeliling kita juga. Contohnya, di sungai. Ikan-ikan di sungai akan mati atau berkekurangan jika kita membuang sampah atau membuang sisa toksik di dalam sungai tersebut.

Salah satu daripada pencemaran udara berlaku adalah pembakaran yang terbuka. Asap kebakaran ini akan menyebabkan kita berasa tidak selesa dan sesak nafas. Dan ini akan menyebabkan paru-paru kita rosak oleh sebab menghidu bau asap tersebut. Ini kerana kandungan asap itu adalah karbon dioxida. Asap ini juga menyebabkan karbon dioxida terperangkap di lapisan ozon dan menyebabkannya menjadi nipis. Oleh itu, keadaan cuaca di seluruh negara tidak menentu disebabkan hal ini. Contonya, hujan turun dengan lebatnya dan tidak hentu-henti, paras air laut tinggi, cuaca menjadi panas, ribut salji dan sebagainya.

Oleh itu, jika masalah ini tidak diatasi, perkara yang tidak diingini akan berlaku. Pihak berkuasa hendaklah bertindak dengan segera .Dan bukan sahaja pihak berkuasa yang perlu bertanggungjawab, kita sebagai manusia harus membantu dalam menanggani masalah ini.

sunny Berusahalah dalam mengecapi sesuatu matlamat sunny
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sinah.edublogs.org
RafydahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 25.10.08

PostSubyek: no 1   Sat Mar 07, 2009 10:12 am

Pada pandangan saya, internet amat diperlukan dalam pengajian tinggi. Ini kerana semakin tinggi pelajaran semakin memerlukan pemikiran dan pengetahuan yang global selain yang berhubungkait dengan bidang yang diceburi. Melalui internet, ianya memudahkan individu itu untuk mengkaji sesuatu bahan yang diperlukan tanpa membuang tenaga dengan berulang alik dari satu tempat ke satu tempat. Dengan adanya internet, segala yang diperlukan dalam pelajaran dapat diperolehi dengan mudah. Selain itu, mereka yang belajar di pengajian tinggi memerlukan teknologi seperti ini kerana disinilah pelajar itu boleh mendapatkan pengetahuan dari pelbagai aspek samada yang berkait dengan bidang mereka atau tidak. Disini juga kita mengetahui keadaan yang berlaku di seluruh pelusok dunia. Bukan itu saja, kita boleh berkongsi dan membincangkan sesuatu pelajaran dengan kenalan yang mempunyai bidang yang sama.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fydah.edublogs.org
nazirah B2

avatar

Jumlah posting : 6
Join date : 11.10.08
Age : 25
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Wed Mar 11, 2009 12:14 pm

penggunaan internet didalam sistem pendidikan pada masa ini amatlah digalakkan. ini kerana dengan perkembangan teknologi, pelbagai maklumat boleh diperolehi dengan lebih cepat berbanding dengan mendengar berita dan sebagainya. kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari informasi. dengan internet juga kerja yang telah kita buat boleh lah di emel terus kepada pengajar. dengan sistem pendidikan yang mengunakan internet kita juga boleh mengetahui perkembangan dunia semasa yang membantu kita untuk melihat dunia dengan lebih jelas dan terbuka. oleh itu , internet ini perlulah diadakan disetiap sekolah demi masa hadapan para pelajar untyk menjadi lebih cemerlang
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nazierah.edublogs.org
Lynah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: no.1   Wed Mar 11, 2009 12:40 pm

Penggunaan internet amatlah berguna pada masa ini.Ini dapat dilihat apabila sekolah-sekolah pada masa ini banyak menggunakan komputer. Tujuannya adalah untuk mengembangkan lagi idea-idea yang ada pada diri pelajar. Contohnya jika dia ingin mengetahui tentang sesuatu bolehlah dirujuk pada internet. I love you Terdapat banyak keburukan apabila kita ingin melayari internet. Asalkan kita tahu membahagikan masa kita dan kebaikan yang kita perolehi dari internet itu. sunny

Pada masa ini, ramai orang yang berkelulusan menggunakan internet. Ini bagi memudahkan pelajar itu untuk mencari bahan-bahan yang ingin digunakan ketika diperlukan. Terdapat juga penuntut yang masih tidak dapat melayari internet. Oleh itu, Kerajaan telah memastikan Pihak Sekolah ada menyediakan tempat khas bagi menyimpan komputer ini untuk penggunaan penuntut-penuntut terutama sekali bagi yang payah untuk melayari internet. Razz

Oleh yang demikian,Pihak Sekolah haruslah memastikan bahawa sekolah mereka mempunyai tempat untuk melayari internet. flower
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://linah.edublogs.org/
RafydahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 25.10.08

PostSubyek: no 5   Wed Mar 11, 2009 12:42 pm

Masalah pencemaran harus dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Walaupun masalah ini bukan hal yang baru tetapi untuk menguranginya , ia mengambil masa yang lama. Ini kerana tidak ada kerjasama yang jitu untuk menghadapi percemaran ini. Walaupun pihak berkenaan sudah mengambil langkah untuk mengurangi tetapi masih ada sebilangan masyarakat itu sendiri tidak ambil peduli hal ini sampai bila-bilapun masalah ini tidak dapat diatasi.

Pencemaran ini amat serius kerana ianya berkaitan dengan kesihatan penduduk itu sendiri tidak kira percemaran udara, percemaran air,percemaran bunyi dan lain-lain. Kesemua pencemaran ini mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan yang boleh dianggap serius.

Pencemaran udara misalnya, asap-asap yang dikeluarkan daripada kilang-kilang boleh membuat masyarakat sekitarnya mengalami persekitaran yang kurang baik dan merasa tidak selesa. Secara tidak langsung, mereka terpaksa menghirup asap itu dan jika ini sering terjadi, mereka boleh menghidap penyakit paru-paru.

Selain percemaran udara, percemaran air juga boleh mengakibatkan mereka menghidap malaria. Bukan itu saja, hampir keperluan seharian juga ikut terjejas seperti jika berlakunya air kemerah-merahan menghalang dan mengurangkan kegiatan penangkapan ikan-ikan untuk dijual. Jika menggunakan air yang kurang bersih ianya boleh membuat mereka yang meminunnya mengalami masalah sakit perut.

Manakala, percemaran bunyi pula, ianya boleh mengakibatkan individu itu sendiri menghadapi masalah pendengaran. Jika ia sering didedahkan dengan percemaran ini, seseorang itu boleh menjadi pekak jika had pendengaran melampaui batas pendengaran manusia. Bukan itu saja, ia juga membuat orang yang mengalaminya mejadi tertekan. bounce alien Razz
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fydah.edublogs.org
ShahrianniB2



Jumlah posting : 3
Join date : 01.04.09
Age : 27
Lokasi : SMSO, Bukit Beruang Tutong

PostSubyek: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenar kepada manusia. Bincangkan pernyataan ini.   Thu Apr 02, 2009 10:56 am

Kebendaan itu tidak penting dalam kehidupan seseorang kerana ianya tidak akan membawa kebahagiaan yang dimahukan. Banyak ibu bapa berfikir dengan memberikan semua kemahuan anak dari segi harta-benda boleh membuat mereka bahagia tetapi sebenarnya tidak. Disebaliknya anak-anak itu dahagakan kasih-sayang. Jiwa mereka terasa sunyi dan sepi jadi mereka akan cari hiburan untuk menggembirakan diri mereka. Disebabkan inilah banyak para remaja yang terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, lepak hingga tengah malam dan sebagainya. Mereka ini selalunya berfikiran negatif dan tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Mereka mudah memberontak dan membuat sesuatu ikut sesuka hati mereka tanpa berfikir dengan panjang.
Berbeza dengan anak-anak yang dipelihara dengan penuh kasih-sayang. Jiwa mereka dibentuk dengan sempurna. Mereka ini dapat merasakan kebahagian yang sebenar. Mereka berasa diri mereka dihargai dan diperlukan dalam sesebuah keluarga. Walaupun mereka hidup dalam kesusahan namun mereka tetap bahagia. Mereka lebih suka mengharungi suka dan duka sama-sama bak pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Bagi mereka harta-benda itu tidak penting kerana ianya tidak boleh membawa kebahagiaan yang sebenar.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://miracle.edublogs.org
ShahrianniB2



Jumlah posting : 3
Join date : 01.04.09
Age : 27
Lokasi : SMSO, Bukit Beruang Tutong

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.   Thu Apr 02, 2009 10:57 am

Asap-asap yang dikeluarkan dari kilang mengeluarkan gas yang tercemar seperti nitrogen dan sulphur dioksida yang boleh menipiskan lapisan zon. Disebabkan lapisan zon semakin nipis telah mengakibatkan suhu semakin panas. Apabila cuaca semakin panas buat masa yang lama besar kemungkinan akan berlakunya kemarau. Ini akan menyebabkan kematian di kalangan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan jika sekiranya mereka tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi dalam jangka masa yang panjang.
Selain itu, kilang-kilang ini juga membuang sisa toksik yang berbahaya sewenang-wenangnya, terutamanya di dalam sungai dan longkang-longkang kecil. Kapal-kapal tangki juga sering menumpahkan minyak di permukaan air. Semua ini mengakibatkan banyak habitat hidupan laut mati dan mungkin akan pupus. Ini boleh menjejaskan pendapatan para nelayan. Manakala asap dari kenderaan pula melepaskan gas karbon monoksida di utara yang boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti barah dan penyakit kerongkong.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://miracle.edublogs.org
ShahrianniB2



Jumlah posting : 3
Join date : 01.04.09
Age : 27
Lokasi : SMSO, Bukit Beruang Tutong

PostSubyek: Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pendapat anda.   Thu Apr 02, 2009 10:58 am

Pada pendapat saya pantang larang langsung tidak menyekat kemajuan orang Melayu. Walaupun bidang hiburan di Brunei Darussalam seperti muzik dan lakonan tidak berapa berkembang dengan luas disebabkan ada beberapa perkara yang bercanggah dengan hukum agama Islam. Sebagaimana yang diketahui haram hukumnya menyentuh kulit orang yang bukan muhrim sedangkan dalam bidang lakonan memerlukan babak bersentuhan dengan bukan yang muhrim agar sesebuah cerita itu menarik dan dapat sambutan orang ramai. Hukum agama Islam wajib kita patuhi tetapi ia langsung tidak menghalang bagi pelakon Negara Brunei Darussalam terus maju ke hadapan kerana tidak semestinya kita perlu menyentuh seseorang yang bukan muhrim. Jika sekirannya pun ada kita haruslah lapik tangan kita supaya tidak tersentuh kulit dengan mereka yang bukan muhrim.
Orang Melayu sebenarnya boleh maju ke depan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama Islam. Pantang larang langsung tidak menyekat kemajuan orang Melayu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://miracle.edublogs.org
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 2 dari 2Pilih halaman : Previous  1, 2

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK2-
Navigasi: