Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin

Share | 
 

 BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : 1, 2  Next
PengirimMessage
Admin
Admin


Jumlah posting : 9
Join date : 05.10.08

PostSubyek: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Wed Oct 15, 2008 11:31 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.

3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang
sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.

6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat
anda.

7. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://zhah-coretan.blogspot.com
nazirah B2

avatar

Jumlah posting : 6
Join date : 11.10.08
Age : 25
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Jan 06, 2009 7:29 pm

masalah makanan pada masa ini telah menjadi masalah global. seperti yang kita lihat di negara jiran seperti China, masalah makanan adalah masalah yang paling serius yang sedang mereka hadapi. produk makanan dari China terutamanya produk tenusu dipercayai mengandungi sejenis kimia merbahaya seperti melamin. kebanyakan produk tenusu ini telah dipasarkan didalam dan luar china. Berberapa penduduk china yang masih bayi menderita akibat daripada melamin ini. kebanyakan nya telah meninggal dunia. produk ini juga sesetengahnya dieksport keluar negara. ini menyebabkan lebih ramai lagi penduduk dunia yang berhadapan dengan masalah makanan. mereka akan ragu-ragu untuk memilh produk yang sesuai. produk yang tercemar kemudianya akan dihapuskan menyebabkan kerugian bagi pihak pengeluar. sunny

SAVE OUR WORLD
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nazierah.edublogs.org
nazirah B2

avatar

Jumlah posting : 6
Join date : 11.10.08
Age : 25
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Tue Jan 06, 2009 7:54 pm

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. walaubagaimanapun ianya banyak menyekat kemajuan masyarakat melayu.

orang tua melarang kita memotong kuku pada waktu malam kerana dikhuatiri mendapat sial. perkara ini sebenarnya masih sesetengah nya diamalkan oleh orang melayu.. sebenarnya tujuan dilarang memotong kuku pada waktu malam ialah supaya kita tidak tersalah kerat. orang tua mengeluarkan pantang larang seumpama ini kerana zaman dahulu tidak terdapat cahaya lampu untuk menerangi susasana malap.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nazierah.edublogs.org
nazirah B2

avatar

Jumlah posting : 6
Join date : 11.10.08
Age : 25
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: sedikit pantang larang   Tue Jan 06, 2009 7:55 pm

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nazierah.edublogs.org
waney3o7 B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Tutong,NBD

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius.akibatnya terhadap kehidupan.   Sat Feb 28, 2009 10:00 am

Walaupun dunia kini sudah menjadi semakin moden,tetapi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku masih diambil dengan sewenang-wenangnya. Seharusnya perkara ini perlu diambil dengan serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan dunia global tetapi juga kepada kehidupan manusia. Pihak kerajaan dan badan-badan swasta perlulah menyebarkan secara meluas mngenai masalah pencemaran alam sekitar ini agar orang awam tahu betapa bahayanya masalah ini kepada dunia dan dapat menjejaskan kehidupan seseorang.

Pencemaran alam sekitar melalui udara kebanyakkannya disebabkan oleh gas-gas karbon monoksida yang dihasilkan oleh kilang-kilang pembuatan,asap-asap kenderaan dan juga akibat oleh pembakaran terbuka. Ianya boleh membahayakan kehidupan seseorang itu kerana ia akan menjejaskan tubuh badan seseorang. Pembakaran terbuka juga boleh mengakibatkan segelintir spesis binatang hilang tempat tinggal yang akhirnya akan menjadi pupus.

Kesimpulan,pencemaran alam sekitar ini seharusnya diberi perhatian yang serius dan mnyelesaikannya dengan kerjasama dari semua pihak agar ianya menjadi berjaya dan tidak terjadi perkara-perkara yang lebih buruk di masa hadapan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://waney3o7.edublogs.org
kydhB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: 1   Sat Feb 28, 2009 10:04 am

Internet merupakan satu alat perhubungan yang penting pada masa ini. Dengan adanya kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk membuat rujukkan malahan dapat mempermudahkan kita untuk mencari bahan-bahan kajian. Sebagai seorang pelajar kita tidak semestinya hanya berpandukan kepada buku teks dan penerangan dari guru tutor sahaja. Cara yang lain adalah dengan memperggunakan kemudahan yang ada iaitu internet.

Dengan adanya kemudahan ini pengajian tinggi, dapat meningkatkan lagi tahap pemikiran malahan karya mereka kepada lebih produktif. study

Penggunaan internet ini memang mendatangkan faedah. Namun, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. ini kerana ada sesetengah individu salah menggunakan kemudahah ini.



Oleh itu, sayanglah jika kemudahan ini tidak diguna pakai dengan jalan yang betul. Kesimpulannya penggunaan Internet haruslah diperkembangkan lagi penggunaannya iaitu dengan cara menyalurkan penggunaan intenet ini di mana jua tempat, seperti di kedai-kedai, di sekolah malahan juga di rumah. confused
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nuyoi.edublogs.org
hasinahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08

PostSubyek: Nombor 1   Sat Feb 28, 2009 10:06 am

Penggunaan internet di dalam pengajian tinggi tempatan adalah sangat digalakkan.Pada zaman dahulu, penggunaan internet belum lagi diperkenalkan di negara kita. Mereka hanya menggunakan buku-buku teks yang diberi oleh pihak sekolah atau pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan. Bayangkan jika pensyarah mereka memberi projek tentang sesuatu topik dan mereka perlu menhantar kerja tersebut pada minggu hadapan. Mereka pasti akan berasa bimbang kerana takut kerja yang pensyarah beri tidak dapat dilengkapkan disebabkan kekurangan bahan.Penggunaan internat bagi pengajian tinggi amat berguna dalam mencari bahan kerana ia cepat dan effektif. Disebabkan itu, penuntut pada zaman ini amat bertuah kerana dengan adanya internet mereka dapat melakukan kerja mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, penuntut perlu bersyukur kerana penggunaan internet telah diperkenalkan di negara kita dan hargailah dengan sebaik-baiknya.

Janganlah kita menyalahgunakannya dan gunakanlah sebaik-baiknya. sunny
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sinah.edublogs.org
hasinahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08

PostSubyek: Nombor 3   Sat Feb 28, 2009 10:24 am

Kebahagiaan adalah perasaan gembira yang kita kecapi di dalam diri kita. Di dalam diri seseorang itu tidak semestinya mendapat kebahagiaan. Contohnya dalam kasih sayang. Jika seseorang itu mempunyai harta kekayaan dan hidupnya dalam kemewahan, kita tidak tahu apa yang dia alami. Sebagai contoh, seorang penuntut yang memiliki segalanya tetapi dia tidak mempunyai kasih sayang. Ini disebabkan ibu bapanya sering sibuk bekerja sehingga anak tersebut berasa diabai dan kurang kasih sayang.

Biarpun hidup kita sederhana asalkan kita bahagia, ia sudah cukup memadai. Tidak ada faedah jika mempunyai harta kekayaan tetapi tidak bahagia. Ia umpama hidup dalam kegelapan yang tidak mempunyai cahaya. Oleh itu, harta kekayaan tidak penting dalam hidup kita kerana ia hanya daki dunia dan yang lebih penting kebahagian itu perlu kita kecapi.

Biarpun miskin asal kita bahagia. queen
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sinah.edublogs.org
waney3o7 B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Tutong,NBD

PostSubyek: Kekayaan kebendaan tidak membawa kebahagian kepada seseorang.   Sat Feb 28, 2009 10:25 am

Bak kata pepatah, "wang ringgit tidak dapat membeli kebahagian",kehidupan di dunia ini bukanlah semuanya dapat dibeli dengan wang ringgit. walaupun wang ringgit dapat digunakan untuk membeli barang-barang kesukaan kita yang mungkin dapat menggembirakan kita,tetapi ia nya hanyalah sekejap sahaja. untuk mendapat kebahagiaan,kita perlulah menggunakan hati dan perasaan dan bukanlah dibayar menggunakan wang.

sekiranya seseorang itu bekerja siang dam malam,sepanjang hari untuk mencari wang yang banyak tetapi jika dia hanya hidup berseorangan tanpa kasih sayang daripada keluarga dan rakan-rakan maka hasil usahanya itu hanya dapat dirasai oleh dirinya sendiri sahaja. dia tetap akan merasa sunyi walaupun mempunyai kemewahan.

ini juga terjadi apabila kedua-dua ibubapa itu sibuk bekera sepanjang hari sehingga lupa untuk meluangkan waktu untuk anak-anak mereka. alasannya adalah kerana ingin memberikan anak-anak mereka hidup yang mewah dan selesa tetapi tanpa mereka sedari, kebahagiaan anak-anak mereka telah mereka korbankan. anak-anak dimanjai dengan kemewahan tetapi bukan dengan kasih sayang. ini memyebabkan segelintir anak-anak merasa terabai dans sunyi akibat kesibukan para ibubapa.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://waney3o7.edublogs.org
NuRuL B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 26

PostSubyek: kekayaan kebendaan tidak membawa kebahagiaan yang sebenarnya kepada manusia.   Sat Feb 28, 2009 10:32 am

Kaya dengan harta benda pun tidak ada gunanya jika hanya semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka itu mampu untuk membeli kesemuanya. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kekayaan itu membawa kebahagiaan, tetapi sebenarnya tidak. Kekayaan itu lebih beerti jika ianya disumbangkan atau didermakan kepada orang-orang yang lebih memerlukan seperti anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana den sebagainya. Itu merupakan salah satu kewajipan buat umat manusia kerana tolong-menolong itu satu amalan yang mulia.

Sebenarnya, perkara yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan manusia adalah kasih sayang. Alangkah beruntungnya jika seseorang itu diberikan kasih sayang yang sepenuhnya dalam kehidupannya. Kasih sayang memang tidak ternilai harganya berbanding dengan harta benda yang bertetapan harganya. Kekayaan mungkin boleh dikategorikan sebagai yang kedua terpenting dalam kehidupan manusia.

Jadi, kasih sayang memang amat diperlukan dalam setiap individu kerana ianya membawa kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi berbanding dengan kekayaan dalam kebendaan. Wink
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ezryana.edublogs.org
adawiyah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Age : 27

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Feb 28, 2009 10:34 am

Penggunaan internet adalah penting bagi pengajian tinggi. Ianya digunakan sebagai untuk mencari rujukan sesuatu bahan yang diperlukan. Ini bagi memudahkan seseorang itu mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja-kerja mereka. Contohnya apabila seseorang itu di kerja untuk membuat kajian mengenai sesebuah negara jadi ia dapat mencari maklumat mengenai sesebuah negara itu melalui internet.

Siswa-siswi mestilah menggunkannya internet ini dengan sebaik mungkin. Tetapi ada sesetenggah mereka mengambil kesempatan dengan kemudahan internet yang diberikan dengan melayari tempat-tempat yang kurang berfaedah. Internet juga adalah untuk memudah seseorang itu membuat rujukan selain dari rujukan dibuku. Jika seseorang itu hanya membuat rujukan berpandukan kepada buku ia perlu lagi mencari tajuk-tajuk bagi buku itu. Melalui internet kita cuma perlu menaip tajuk yang kita perlukan dan ia akan memberi semua keterangan yang kita inginkan.

Dengan itu, kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya dan manfaatkanlah ia sebagai satu kemudahan yang disediakan untuk kita.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://adawiyah.edublogs.org
Lynah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Feb 28, 2009 10:38 am

Kesihatan adalah asas yang penting bagi hidup manusia. Dengan adanya kesihatan yang baik maka manusia akan lebih hidup dengan bahagia. Oleh itu penjagaan permakanan yang baik semestinya dilakukan dengan teratur. Cara menjaga kesihatan yang baik adalah dengan bersenam setiap hari,memilih makanan yang seimbang, mengikuti acara-acara yang telah disediakan di sekolah-sekolah ataupun dari persatuan-persatuan. Dengan ini maka manusia akan lebih aktif lagi.bersenam setiap hari adalah penting bagi setiap masyarakat. Ini dapat membantu peredaran darah supaya lebih lancar lagi. Selain daripada itu, jika waktu pagi, otak kita akan kembali segar dan berasa tenang. Membuat aktiviti harian pun akan menjadi lebih yakin lagi. Dengan memilih makanan yang seimbang contoh makan makanan yang mengandungi vitamin yang tinggi juga akan menjamin hidup menjadi sihat. Mengikuti acara-acara yang disertai umpamanya walkaton juga dapat membantu. Dengan adanya walkaton, kita akan dapat membuang lemak-lemak yang berada di dalam badan kita.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://linah.edublogs.org/
masturaB2



Jumlah posting : 3
Join date : 28.02.09

PostSubyek: no.1   Sat Feb 28, 2009 10:39 am

Pada pendapat saya, penggunaan internet bagi pengajian tinggi amatlah penting kerana melaluinya mereka akan dapat ilmu pengetahuan yang lebih luas.Di samping itu ,mereka juga boleh menjadikan internet itu sebagai rujukan bagi membuat kerja-kerja mereka yang belum siap.Dengan adanya kemudahan ini maka akan mempercepatkan lagi tugasan mereka dan juga memudahkan lagi mereka mencari bahan-bahan yang penting.

Dengan adanya internet juga membolehkan mereka selalu mencari maklumat yang terkini apabila mereka mempunyai masa yang terluang daripada mereka membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan penyesalan di hari kemudian.Kemudahan ini amatlah terkenal diseluruh negara disebabkan era pemodenan yang semakin membangun.Sebab itulah setiap pengajian tinggi disarankan supaya menggunakan kemudahan ini supaya mereka biasa mengkaji sendiri sesuatu yang baru bagi mereka.

Selain itu,pengguna-pengguna internet juga hendaklah pandai menggunakan kemudahan ini dengan betul dan bertepatan dengan apa yang mereka ingin tahu agar mereka mendapat sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
RafydahB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 25.10.08

PostSubyek: forum   Sat Feb 28, 2009 10:40 am

Memang tidak dinafi dengan memiliki kekayaan kita boleh mendapatkan apa yang diingini. Bagi mereka yang hidup dalam serba kekurangan, mereka menginginkan hidup dalam serba kecukupan begitu juga dengan sebaliknya. Kehidupan anak orang berada dimata orang lain sentiasa dalam bahagia. Tetapi hakikatnya mereka ini dikawal dengan begitu ketat. Kehidupan mereka telah diatur sejak kecil. Mereka ini tidak ada kebebasan dalam menentukan pilihan hidup sama ada dalam hubungan percintaan ataupun pelajaran. Biasanya, mereka ini kekurangan kasih sayang dalam keluarga. Ini kerana ibubapa mereka selalu tidak ada masa untuk anak-anak. Bagi saya, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan orang rumah seperti pengasuh. kebanyakannya ibubapa yang berpangkat tinggi ataupun lahir dalam keluarga berada, anak mereka tidak semestinya bahagia dengan semua kekayaan itu. Bagi mereka kekayaan menghalang hidup mereka. Hidup dalam kekayaan , secara tidak langsung merugikan mereka yang tidak pernah merasakan pejuangan untuk berjaya. Mereka ini mudah berputus asa kerana mereka ini tidak ada semangat untuk mencapai segala yang mereka inginkan. Bukan itu saja, pergaulan mereka juga terbatas dengan golongan tertentu. Mereka ini tidak terdedah dengan kehidupan orang lain terutama mereka yang hidup dibawah garis kemiskinan. Hidup sebagai orang yang memiliki kekayaan tidak semestinya bahagia kerana kebanyakan mereka ini sebenarnya hidup dalam kekosongan. Kekosangan disini bermaksud tidak ada kasih sayang, merasa diabaikan dan sebagainya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://fydah.edublogs.org
kydhB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: 3   Sat Feb 28, 2009 10:42 am

Menggutamakan kebendaan dalam kehidupan sememangnya tidak membawa kebahagiaan, yang paling penting adalah kita kaya dengan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga yang penuh dengan kasih sayang. king Benda, kita boleh dapat dimana-mana tetapi keluarga merupakan elemen penting dalam kehidupan. Tanpanya tidak lengkaplah kehidupan ini. Crying or Very sad

Isu ini menjadi sangat popular dalam era globalisasi ini. Perkara ini tidak dapat disangkalkan lagi, semakin majunya dunia makin tinggilh lagi cita-cita seseorang itu untuk mencapai impiannya. sebagai contoh: apabila seseorang itu telah berjaya dalam kehidupannya iaitu ia telah menjadi seorang pengusaha yang berjaya dan memiliki segalanya, ia akhirnya menjadi lupa dengan orang tuanya yang telah mendidik dan membesarkannya sehingga ia menjadi orang yang berjaya. Oleh itu, kita janganlah lupa asal usul kita, walaupun kita dulu susah dan sekarang senang. Menfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Dan jika kita fikirkan, wang ringgit, harta benda tidak membawa kita kemana-mana. Berbanding dengan kasih sayang I love you yang dicurahkan dalam hidup kita.

Oleh itu, tidak lengkaplah kehidupan seseorang itu, jika tidak dipenuhi dengan kebahagiaan dalam kehidupan seharian.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nuyoi.edublogs.org
waney3o7 B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Tutong,NBD

PostSubyek: Masalah pemakan masalah global.bagaimana cara mengatasinya.   Sat Feb 28, 2009 10:46 am

Masalah pemakanan semakin berleluasa pada masa kini. bukan hanya kepada orang-orang tua,tetapi juga kepada remaja dan kanak-kanak. hal ini menimbulkan kebimbangan kerana sekiranya ia nya tidak diatasi secepat mungkin,ia akan menjejaskan kehidupan seseorang dimasa hadapan. Masalah ini bukan juga dialami oleh negara kita sahaja tetapi banyak lagi negara-negara luar yang lain.

Masalah pemakanan ini berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang. Ditambah pula lagi dengan pada masa kini banyak terdapat restoran-restoran makanan segera yang semakin diminati ramai terutamanya golongan muda. makanan yang terdapat di resotran-restoran segera itu kebanyakkannya berlemak an berminyak yang sebenarnya agak memudaratkan bagi kesihatan seseorang. ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti obesiti,boleh menambahkan kolestrol dan memberi riiko kepada masalah jantung.

Bagi mengatasi masalah ini,semua pihak haruslah bekerjasama terutamanya bagi Kementrian Kesihatan untuk mendedahkan kepada orang-orang awam betapa bahayanya masalah pemakanan itu bagi kehidupan seseorang dan mungkin akan menjejasannya,
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://waney3o7.edublogs.org
adawiyah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Age : 27

PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius.   Sat Feb 28, 2009 10:56 am

Pencemaran ialah sesuatu yang tercemar dari pembuangan sampah, pembakaran dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan terjadinya pencemaran udara, bunyi dan air.

Akibatnya akan membuatkan masalah kepada sesorang itu akan pencemaran yang berlaku. Ini adalah disebab oleh orang-orang yang tidak bertangungjawab terhadap pembuangan sampah sarap, minyak-minyak ke dalam sungai, pembakaran sampah dan sebagainya. Ini juga boleh menyebab permasalahan terhadap kesihatan seseorang. Pelbagai masalah kesihatan boleh terjadi msalnya penyakit jantung ini kerana mereka menghidu bau-bau yang kurang baik. Pencemaran air boleh menyebabkan banyak ikan mati di sebabkan oleh pembuangan sampah sarap dan minyak-minyak ke dalam sungai.

Oleh itu, rakyat-rakyat hendaklah bertangungjawab akan masalah persekitaran yang alam. Mereka janganlah membuang sampah sesuka hati yang menyebabkan terjadinya pencemaran terhadap alam
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://adawiyah.edublogs.org
NuRuL B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 26

PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan   Sat Feb 28, 2009 11:11 am

Internet merupakan alat komunikasi yang paling canggih di dunia pada masa kini. Penggunaan internet sering kali digunakan dalam pengajian tinggi sebagai alat-alat untuk menambah pengetahuan mereka. Dari internet juga, mereka dapat mencari bahan-bahan yang berkenaan dengan subjek yang mereka pelajari. Bukan sahaja berpandukan dari buku-buku teks atau nota yang diberikan, tetapi kita juga boleh merujuk dari internet.

Pada masa ini, internet sudah disebar-luaskan penggunaannya di sekolah-sekolah, mahupun di pengajian tinggi. Dengan ini, bertambah luaslah ilmu pengetahuan dan juga pemikiran mereka, serta mendidik mereka untuk mejadikan mereka seorang yang berjaya. Namun, ada diantaranya telah menyalahgunakan internet, iaitu menggunakan internet untuk tujuan ber'chatting' dengan kawan-kawan, melayari laman-laman web yang tidak berfaedah dan sebagainya.

Jadi, kita sebagai pelajar yang berada di dalam pengajian tinggi haruslah pandai berfikir apa yang baik dan buruknya dalam menggunakan internet ini. Gunakanlah kemudahan ini demi kepentingan kita bersama. study
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ezryana.edublogs.org
adawiyah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Age : 27

PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia.   Sat Feb 28, 2009 11:13 am

Kesihatan tubuh badan yang sihat adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan setiap individu. Mereka haruslah menjaga permakanan mereka dengan sesuatu yang sihat. Janganlah sesuatu yang membolehkan terjadinya masalh dam kehidupan kita.

Dengan kehidupan yang sihat akan menjadikan kehidupan seseorang itu penuh dengan ketenangan dan kebahagian. Ia tidak lagi memikirkan akan penyakit yang akan terjadi pada dirinya. Tetapi seseorang itu tidak boleh leka akan kesihatan tubuh badannya. Penyakit bolrh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Jadi jagalah kesihatn kita dengan sepenuhnya kebaikan.

Oleh itu kesihatan adalah penting dan patut di jaga. Jangan membiar kesihatan kita terbiar begitu saja tanpa dijaga dengan baik. Ini merupakan satu kebahagian dalam hidup kita.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://adawiyah.edublogs.org
masturaB2



Jumlah posting : 3
Join date : 28.02.09

PostSubyek: no.5   Sat Feb 28, 2009 11:17 am

Pencemaran alam ialah sesuatu yang boleh membawa kesan buruk kepada kehidupan kita termasuklah tumbuh-tumbuhan dah juga haiwan.Pencemaran ini datangnya daripada bahan-bahan toksik yang telah dibuang di merata-rata tempat.Selalunya pencemaran alam ini juga dikeluarkan oleh kilang-kilang,orang membakar sampah dan juga daripada kenderaan.Ini sangat membahayakan setiap masyarakat yang berhadapan dengan pencemaran.

Sementara itu,disebabkan oleh pencemaran alam ini,maka masyarakat di sesebuah negeri itu akan menghadapi pelbagai wabak penyakit.Diantaranya mereka akan terkena masalah sakit jantung,sesak nafas dan banyak lagi.Kebanyakkan mereka yang selalunya menghidapi wabak ini ialah terdiri daripada kanak-kanak dalam linkungan umur 1-12 tahun.Tetapi hanya segelintir sahaja golongan dewasa dan juga orang tua yang terkena penyakit akibat pencemaran ini.

Pencemaran ini juga boleh mengakibatkan banyak kerosakan,contohnya seseorang itu membakar sampah di tempat yang berdekatan dengan stor ataupun benda-benda lain,tanpa mereka sedari api itu merebak sehingga benda-benda yang berdekatan dengan api itu semuanya hangus terbakar.Dalam hal ini,dapatlah dilihat bahawa pencemaran itu berlaku disebabkan oleh kecuaian masyarakat itu sendiri.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Lynah B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 14.10.08
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: no.5   Sat Feb 28, 2009 11:17 am

Pencemaran alam sekitar haruslah di beri perhatian yang serius . Ini adalah penting bagi kehidupan kita agar lebih terjamin dan kelihatan bersih di mata pendatang asing. Kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling kita. Jika kita terlihat benda yang tidak sedap di pandang haruslah kita bertanggungjawab kerana alam sekitar yang bersih akan membuat orang akan berasa selesa. kini, terdapat berbagai-bagai pencemaran yang kita dapat. Di antaranya ialah, pencemaran alam sekitar, udara, air dan macam-macam lagi. Pencemaran alam sekitar contohnya, terdapat sampah-sampah yang terbiar dan dibuang oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini akan mengakibatkan terdapatnya penyakit-penyakit yang tidak di ingini berlaku. Pencemaran udara pula adalah dari asap-asap yang dihidupkan dari sampah-sampah yang bertujuan untuk menghalau nyamuk yang berkeliaran.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://linah.edublogs.org/
kydhB2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 27
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

PostSubyek: 4   Sat Feb 28, 2009 11:29 am

Pencemaran Alam Sekitar kini di tahap membimbangkan. ini jelas dilihat banyakknya pembaharuan yang dilakukan pada masa ini. oleh itu, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang sewajanya bagi mengatasi masalah ini. ini adalah kerana pencemaran banyak mengakibatkan kesusahan kepada orang sekeliling.

Pencemaran melalui sungai merupakan masalah yang paling ketara sekali. ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap di sungai, yang mana boleh mengakibtkan aliran tersumbat. di samping itu juga boleh menjejaskan kesihatan orang yang menggunakan sumber air di sungai.

oleh itu, kita sebagai individu hendaklah mengutamakan kebersihan dan sikap betanggungjawab dalam diri masing-masing:)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.nuyoi.edublogs.org
NuRuL B2

avatar

Jumlah posting : 3
Join date : 11.10.08
Age : 26

PostSubyek: kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia.   Sat Feb 28, 2009 11:31 am

Kesihatan terletak pada seseorang individu yang pandai menjaga diri mereka sendiri. Amatlah penting untuk kita menjaga kesihatan kerana ianya asas kebahagiaan bagi kehidupan kita. Kita jangan menggangap hal ini sebagai hal yang remeh-temeh kerana ianya melambangkan gaya hidup yang sihat. Bagi mereka yang pandai menjaga kesihatan diri mereka amat dibanggakan kerana itu juga untuk kebaikkan dirinya sendiri. Lantas, bagi mereka yang tidak berbuat sedemikian, mungkin itu akan memudaratkan diri mereka sendiri, malah juga menyusahkan hidup orang-orang yang berada di sekelilingnya untuk menjaga dan merawatnya.

Oleh itu, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang matang, haruslah menjaga kesihatan mereka agar hidup mereka terjamin dan selamat.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://ezryana.edublogs.org
masturaB2



Jumlah posting : 3
Join date : 28.02.09

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Thu Mar 05, 2009 7:30 am

Makanan ialah sesuatu yang boleh setiap orang makan dan mengenyangkan perut mereka.Di mana,seseorang yang memakan sesuatu makanan itu hendaklah mengambil permakanan mereka mengikut yang telah disarankan oleh doktor.Ini bertujuan supaya kesihatan mereka sentiasa terjaga dari menghidapi pelbagai penyakit kelak.Tetapi pada zaman ini telah terjadinya masalah permakanan di seluruh negeri termasuklah Negara Brunei Darussalam.

Masalah ini berpunca daripada kecuaian setiap individu itu sendiri dalam hal permakanan.Bagi mengatasi masalah permakanan ini setiap orang di seru agar sentisa mengamalkan sifat berjimat dalam hal permakanan.Ini adalah supaya mengelakkan dari berlakunya pembaziran keatas makanan.Selain itu,setiap keluarga juga hendaklah memastikan bahawa mereka membeli keperluan rumah itu secara sederhana sahaja dan cukup untuk satu bulan.

Kita juga hendaklah mengambil permakanan mengikut saranan doktor supaya memakan makanan yang seimbang bagi menjadikan kita soerang yang sentiasa sihat dan ceria.Maka pihak-pihak yang tertentu juga patut memantau dan menyelidiki tentang masalah ini supaya tidak berleluasa di kemudian hari.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
meirahss.B1

avatar

Jumlah posting : 12
Join date : 11.10.08
Lokasi : 2Tng

PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   Sat Mar 07, 2009 8:46 am

6. Pantang Larang menyekat kemajuan orang Melayu.

Pantang Larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu kita. Orang-orang tua suka menggunakan pantang larang sebagai sebahagian cara hidup mereka untuk mengajar anak-anak lalu ditakut-takuti mereka itu. Walaupun dunia sekarang beransur moden tetapi ada sesetengah orang masih mengamalkan pantang larang. Pantang larang sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kerana dengan adanya pantang larang, kita terdidik menjadi orang yang baik budi pekertinya dimata masyarakat Melayu.

Namun, pantang larang kadang-kadang terserong dari akidah Islam seperti kepercayaan terhadap hantu yang berlebihan, hal-hal karut serta ghaib dan sebagainya. Oleh itu, pantang larang tidak sesuai lagi dengan kehidupan kita pada masa sekarang. Kita boleh berfikiran lebih jauh lagi dan belajar tatatertib dengan cara yang berlainan samada dirumah ataupun disekolah.

Sejurus itu, pantang larang sangat menyekat kemajuan ekonomi Negara dari segi ekonomi ataupun sosial. Masyarakat hendaklah bekerjasama dalam membangunkan serta memajukan nagara terutama dalam hal pembangunan seperti bangunan-bangunan, perumahan- perumahan, kompleks membeli belah dan sebagainya. Tetapi ada sebilangan masyarakat yang takut membuat perubahan itu kerana kepercayaannya terhadap hantu atau makhluk ghaib dan sebagainya. Mereka takut menganggu kawasan mereka. Masalah ini timbul kerana kepercayaan karut dan kuno. Kita dapat lihat sampai bila masyarakat kita akan hidup dalam ketakutan serta ketinggalan zaman. Ini akan menyebabkan kemunduran dikalangan masyarakat melayu.

Oleh itu, Masyarakat Melayu patut elakkan dari kepercayaan terhadap pantang larang secara berlebihan kerana ia boleh menyekat kemajuan masyarakat melayu.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://mirah.edublogs.org
Sponsored content




PostSubyek: Re: BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 2Pilih halaman : 1, 2  Next

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK2-
Navigasi: